Kulit Bayi & Soya

Kesiannya Naurah nasi lemak ayam goreng dia pagi ni tertinggal dlm kereta. Harapnya ada lah makanan utk dia kat taska sane. Dah sms owner taska bgtau Wan budak2 tu akan dtg ambil hari ni. Kalau Naurah lapor harap dia request la makanan kat Wan aje nanti. Si Nazif pulak kat forehead dia merah-merah kena gigit nyamuk. Semalam dekat pukul 7pm baru ambil diorang. Nyamuk byk gile kot terbang-terbang sana sini. Sampai rumah baru nampak ade 2-3 tempat merah kena gigit. Siot punye nyamok

Kesiannya Nazif asyik kena gigit semut lah..nyamuk lah T__T Kat jari dia yg kena geget semut ritu aku tgk mcm jd berair benjol gitu kat 2 spot. Alohaii...kesiannya. Hari ni hrp sampai lah ointment Lucas Papaw yg aku beli online semalam. Malam nti boleh sapu harap cepat baik la semua kesan gigitan nyamok & semut tu semua. Kulit baby ni kan sensitif. Bekas gitu makan masa 2-3 hari jugak nak hilang.

Compare to kulit Naurah & Nazif, rasanya kulit Naurah dulu lagi la sensitifnya. Dia kan siap ada eczema masa baby dulu. But as she's getting older, penyakit kulit tu pun hilang. Alhamdulillah. Kesian Naurah dulu pipi asek merah-merah. Kulit kaki pun sama. Byk tempat gak sampai ke pakar kulit kt KL sane pun kami pegi utk ubat. Akhirnya eczema tu hilang je sndiri. Lega.

Masa preggy kan Naurah aku suka sgt minum air soya. Org kata soya tu yg buat kulit baby jd sensitif. So masa Nazif aku kurangkan pengambilan air soya & nampaknya maybe teori tu ada juga betulnya. Kulit Nazif nampak OK. Takat ruam panas tu biasa lah kan. Cumanya dari segi kecerahan kulit, Naurah mmg lebih cerah drp Nazif. Sbb soya jugakkah? 

Nazif ni aku tak sure lagi cerah ke tak sbb kes dia kena jemur masa jondis dulu mmg kulit dia jadi gelap. Tapi takpelah...budak laki gelap skek takde hal kot. Lagi pun gelap ke cerah ke dia tetap anak aku kan. Sayang tu tetap sama je semua anak pun. Takkan la setakat sbb itu je kita nak bezakan kasih sayang pulak. Itu macam kalu mmg bengong namanya

Bile lah nak botakkan kepala budak ni. Asyik takde masa aje T_T

 Ayah mithali. Lunch sambil pangku anak yg demam


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat