Layla Nadra's 1st Giveaway

Since dah beli tudung from Layla Nadra & dah pun dapat, tergerak la hati nak mencuba masuk 1st giveaway ni. Harap ada rezeki dapat free sehelai tudung lagi lah yer. Hehehe. I loike ^^

Percubaan pertama tudung dari Layla Nadra aku mencuba 3 jenis pattern.

1. Luna
2. Luna Polkasweet
3. Luna Colourful

Nak tengok pattern mana yg paling sesuai utk muka aku. So hasilnya adalah seperti di bawah hehehe =P Malunya nak tepek muka sendiri. Tapi sebab nak dapat tudung free, belasah ajelah. Semuanya aku try malam tadi & snap sendiri. Malu nak suruh habi tolong snap kan. 

Itu pon kantoi bila dia nak pergi dapur nampak bini dok tersengih-sengih amek self shoot. Terkejut aku bila dia tegur. Nak gugur jantung dibuatnya sbb tengah asyik sangat nak snap muka sendiri. Wakakaka. Poyo betol.

Sori quality gambar tak berapa memberansangkan sbb self shot =P

Gambar read clock wise: Luna Colourful, Luna & Luna Polkasweet

Paling best bila belek-belek material kainnya, owhh tudung macam ni tak bergosok pon tak apa sangat kot. Pastu kainnya pun jenis tebal tak nipis macam bawal biasa. Tebal tu bermaksud tidaklah bila pakai kita rasa panas. Tapi tebal yg aku maksudkan tidaklah sampai boleh nampak batang leher bila memakainya.

Dan yg paling penting sekali bagi aku, tudung Luna ni mudah dibentuk. Tak pakai anak tudung kat dalam pun cantik je terletak. Nak kelepet pun tak makan masa lama nak betul-betulkan. Sangat best.

In terms of quality, memang way much better lah sangat. Harga yang dibayar tu memang rasa berbaloi. Tudung ni rasanya boleh tahan sampai berbelas tahun kot =) Entah-entah berpuluh tahun hehehe. Kalau simpan dengan elok memang tak mustahil kan.

OK. Itu ajelah yg aku nak bebel dlm giveaway ni. Kalau korang pun berminat nak join giveaway ni, terjah FB Layla Nadra for more information ya! Tapi jgn tulis ayat power sgt pulak. Bagi chance aku menang sehelai lagi pattern bawal Luna yg belum ade yer. Hahaha.

Dear owner of Layla Nadra, I would like to have Luna Colourful B if I am 1 of the winners ^^





Popular Posts