Menceceh



Semalam parcel dr mybbstore sampai kat opis. Look what I bought. Another breast shield set for my Spectra 3 pump. Now enjoying my double pumping. So takdelah lama sangat ambil masa nak pam kat Surau. Mmg rasa bersalah jugak kdg ambil masa hampir sejam kat sana. Its not like that I want it to be long. Cuma mmg ambil masa nak pam satu per satu. So skrg masa dah pendek sket. SUKA ^^

Pastu beli ointment Lucas Papaw utk Nazif yg selalu kena gigit nyamok & semut. Ointment ni extract drp papaya. So tak risau nak sapu banyak-banyak kali =)

Pastu teats Tommee Tippee. Kawan sekolah yg duduk dekat taman sebelah bagi botol kaler pink TT tu free aje since dia ada byk. So beli teats bagi Naurah pakai. Budak tu kan hantu kaler pink

Storage bottles ebm. Now dah ada dlm 30 bottles. Pasni tak runsing dah nak letak susu kat mana. Storage liner Autumz pun ada beli 1 in case semua bottles dah digunakan.



Sebelum ni tak double pam boleh dapat 6oz sekali pam. Now boleh dapat 8oz. Happy rezeki Nazif makin bertambah sampai budak tu pun tak terhabis minum stok fresh kat taska sana. Pastu berebut pulak nk simpan susu dlm fridge dgn makanan. Rasa mcm nak beli je fridge kecik khas utk susu Nazif je. Tapi kena pujuk habi dulu la. Dulu pernah utarakan tp dia kata tak payah hehehe.



 Baru je lunch ramen kat Ko Hyang Shaftsbury. Sedap. Nanti nak makan lagi kat situ. 1 minit je kot drp opis. Hehehe. Memula nak makan kat Volcano Shabu Shabu. Sekali full house ko. Situ mcm steamboat ah senang ckp. Pasni nak try yg tu & japanesse food pulak. Ape ntah nama kedai tu. Lupe pulak +__+


 


Tadi dapat sms drp orang delivery yg esok malam my first Corelle akan sampai. Happy giler hehehe ^^ Lepas ni semua pinggan mangkok tak lawa masok dlm stor. Kita pakai yg lawa-lawa je yer. Barulah rasa berbaloi membelinya. Periuk Vision dah ada kawan baru huhuhu





Popular Posts