Perangai Baru Nazif

Nazif dah ada perangai baru. Dia suka menangis melalak mcm kena dera sampai keluar airmata. Susah hati gila kot kalau dia jadi mcm ni. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya masalah yg dia hadapi. Bila dia meraung mcm tu kita andaikan dia sakit dimana-mana yg tahap gaban. Tapi lepas bbrp kejadian, aku rasa bukan sebab sakit aje. Kdg kita salah buat apa yg dia nak sbnrnya pun boleh mengundang padah.

Contohnya dia mengantuk nak tidur, tapi kita salah interpret ingat dia nak susu & sua breast. Maka dia pun akan semakin mengamuk & menangis selak mcm hape. Adoyaii..awak buat ibu & ayah susah hati la sayang dgn tahap menangis awak yg maksima tu T__T

Tak suka dibiarkan berbaring pun 1 hal jugak. Tak boleh nak berletak sekejap. Sokmo menangis minta di angkat. Ape kehalnya manja sangat anak bujang aku ni weyh??? Kakak awak dulu seingat ibu takde pulak peel gini. Ada la tapi takdelah sampai ibu rasa agak tertekan mcm skrg ni...hehehe..

Bila mood okay, he's like an angel though. So sweet & lovable. But when he's not in the mood...ayoyoyo...rasa macam bergegar dunia kami semua @__@

Emotional bonding aku dah la over kuat berbanding dgn Naurah. Macam yg aku saspek dulu lah. Sebab direct breastfeeding. Pagi tadi nampak tgn merah bengkak kena gigit semut pun dah buat aku susah hati sampai skrg. Masa Naurah dulu takde la rasa mcm ni sangat. Cool aje. Ini siap dah gugel segala mcm ointment utk melegakan rs sakit/gatal bile kena gigit nyamok or semut. Nak beli online dah ni....hurmm...

Naurah dulu aku rasa tertekan & susah menjaganya masa 2 bulan pertama dia lahir aje. Nazif pulak masa 2 bulan pertama angel sangat. Nak dengar suara menangis pun payah. Tapi skrg nak masuk bulan ke 3 ni kemain lagi peelnya. I really hope this is just for a while. Letih oh badan asyik nak attend dia je. Memang tak jadi buat apa lah kalau datang tantrum dia ni. Ngadap dia 24 hours.

Setiap anak tu memang lah unik. Tak boleh nak disamakan or dibezakan sangat. Jgn la nak bajet bila dah pernah ada anak pertama or kedua, maka kita akan lebih terer jaga baby. Setiap satunya bagi pengalaman yg berlainan. Kalau tgk aku skrg rasa mcm tak pernah ada anak pulak sblm ni. Kelam kabut sana sini. Banyak benda dah lupa pun yer jugak.

Dgn Nazif ni buat aku lebih banyak & selalu sangat berdoa pd Allah tak kira masa. Sebab kdg aku rasa lemah & takut handle dia. Aku takut jadi apa-apa yg tak best pd Nazif sbb kecuaian aku menjaga dia. Lepas doa utk Nazif, doa utk kakaknya pulak. Pastu utk keselamatan 1 family.

Moga aku dapat jadi ibu yg sabar & penyayang. Amin.

Mommy always love u my son. No matter how hard it is

Ahh...one more thing. Pengasuh suggest belikan pacifier utk Nazif since dia kan mcm request more milk sokmo tp asyik la buat dia muak susu dgn banyaknya. So sbb fikir taknak susahkan pengasuh yg menjaganya, aku pun akur ajelah. Beli la 2 paci Avent. Looks like Nazif pun jadi lebih tenang bila di sumbat paci. Ahh...i really hate this actually. Sgt tak suka sbnrnya anak aku pakai paci. Tapi...tulah...org kata drp dia dok hisap penumbuk tgn dia yg tak hygiene tu baik la bagi paci. Plus tantrum dia pun berkurangan tak buat org rasa stress jaga dia kan.

Kat rumah aku try tak bagi kecuali bila dah betul2 diperlukan. Kat taska aku malas nak fikir lah. Biar ajelah apa yg terbaik utk dia. Maybe better dia diam dgn paci tu drp asyik menangis sedu sedan ye tak? Aku harap semakin dia membesar dia tak minat dah dgn paci. Amin.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat