Pondok Malindo, Bangi

Semalam kami laki bini cuti. Habi masukkan saving utk Naurah & Nazif. Ambil road tax kereta Kelisa & bayar duit kereta Almera. After that singgah Manjaku beli diapers budak-budak & perut pun sudah lapar. Nampak ada restoran baru yang bertutup (aircond) kat belakang Manjaku tu. So decide makan situ ajelah. Malas dah nak naik kereta lagi cari tempat makan. Nak dapat parking dah lah payah area situ.

Senang kata Pondok Malindo ni menyediakan makanan Indonesia. Ada ayam penyet, lele penyet, es teler, jus alpukat & macam-macam lagi lah. Ovarall kami puas hati dgn rasa hidangan kat situ. Memang ada rasa Indonesia hehehe. Deco pun cantik. Cuma aircond tak bape nak sejuk sangat. Maybe sebab cuaca yg terlalu panas. Entah. Tp kipas pun ada dibuka, so okay jugak lah.

Harga makanan sangat reasonable. Set ayam penyet RM9.50. Jus melon RM4.50. Okay sangat lah tu pd aku. Jus dia memang best sbb betul-betul rasa buah. Takdelah lebih air drp buahnya. Es teler pun best sbb rasa dia pelik yg sedap. Hahaha. Guane tu eyh. Dlm es teler tu ada isi kelapa, nangka & avocado. Nice.

Enjoice the pic. Lain kali boleh datang lagi.

Mcm sengaja dia goreng ikan tu gtu kan? interesting hihi

Tetibe ade pumpkin Halloween hahaha

Mine pecal lele

Kesian habi melayan jelah peel anak

Tetibe manja nk duduk dgn Ayah. Tapi xnak makan

Budak demok tido

Jenuh bawak diapes bebudak masok restoran haha

Bag pack budak-budak

Lupa nama dia. Tp mcm rojak. Kuah kacangnya sedap!

Es Teler 29. Dappp






Popular Posts