Rutin Harian Baru

Sesape yang dah rasa boring dengan rutin harian sekeluarga, sila tambah ahli keluarga baru. Maknanya get pregnant & have a baby. Hehehe. InsyaAllah tak pening kepala dah lepas tu macam mana nak mengubah rutin harian anda selama ini =P

Itulah yg berlaku pd diri aku & family. Hari ni dah boleh tulis rutin harian kami yg baru. Boleh kata dah settle down jugaklah pd minggu kedua bekerja ni. Syukur, thank you Allah. Cuma ada 1 kekurangan je lagi. Masih tak berkesempatan utk masak lepas balik kerja due to habi selalu kerja lebih masa. Ambil anak2 pun kadang dah pukul 7malam. Berbuka pun dalam kereta aje. So menapau ajelah kite. Tak tau lah bila boleh sempat nak masak-masak macam dulu. Kalau balik 5.30 on the dot boleh la kan. Hurmm...


So our new rutin adalah macam ni:-

6.00am - Nazif celik mata nak menyusu
6.30am - solat Subuh & mandi
7.00am - pumping session 1
7.15am - bersiap utk pergi kerja
7.30am - turun bawah & settlekan fresh ebm Nazif kat taska
7.45am - bergerak ke taska & terus ke office

8.30am - sampai office
11.00am - pumping session 2
1.00pm - solat & sometimes tidur kat Surau
4.00pm - pumping session 3
5.30pm - dah boleh balik tapi selalunya habi lambat
6.30pm-7.30pm - pick up anak2 kat taska, buka puasa, breastfeed Nazif & Mchef Australia

8.00pm -  solat & mandi
9.00pm - kemas beg taska anak2
10.00pm - Jodoh Itu Milik Kita (applicable Mon - Wed only) hari lain masuk tidur lebih awal
11pm-12am - Nazif celik mata nak menyusu
3am-3.30am - Nazif celik mata nak menyusu & pumping session 4
3.30am-4.00am - masuk ebm dlm fridge, cuci pinggan, kemas sana sini, minum air, basuh pam
6.00am - Nazif celik mata lagi utk menyusu & semua rutin bermula kembali

Dah beberapa hari stick pd rutin ni & OK. Ini rutin utk diri aku. Utk habi pun ada perubahan jugak. Usually dia gosok baju kerja kami pd waktu pagi around 6am. Skrg lepas solat Maghrib, mandi, dia terus iron. Kalau buat pagi mmg akan jadi lambat nak pergi kerja. Lepas iron baju dia turun bawah & basuh baju. Skrg basuh baju adalah setiap malam dah tak ada langkau. Anak 2 maka baju bajan pun semakin banyak.

Lepas habi siap basuh baju, baru dia take turn tengokkan Nazif & Naurah. Turn aku pulak utk solat & mandi. Kalau Nazif tidur boleh la solat dulu tak payah tunggu habi. Kalau tak mmg kena tunggu dia settlekan part dia jugaklah. 

Rutin menyapu rumah habi pun dah tak dapat buat selalu. Itu pun dia curi2 masa buat waktu pagi bila bangun awal sikit sebab gosok baju kan dah waktu malam. Pagi tu jelah kalau dia tak mengantuk sgt dia buat laju-laju. Baju akan di sidai oleh habi esok pagi sebelum bergerak dari rumah.

Ini baru anak 2 orang yer. Hehehehe. Tahun depan akan berubah lagi bila Naurah dah masuk tadika & day care baru kt Taman Seroja. Nazif je tetap stay tempat skrg =)

Walau apa pun, as usual I AM HAPPY =D All of us are happy.

Happy family. Yeayyy!

Hiyarkhhh....kena jadi ninja utk semuanya berjalan lancar








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat