Seller Sentap

Baru je pasang niat nak berjimat cermat lepas ni. Taknak boros dah beli baju Nazif & pelbagai barangan lain untuk dia. Alih-alih tengok amaun dlm akaun bertambah, mule lah dok order tudung laa...ape laa. Susah betol jadi mak-mak ni taw. Banyak sangat keinginan nye. Nasib baik tak jadi beli botol susu Avent kaler biru kes seller sentap bila ditanya pasal kiraan yg pelik HAHAHA

Nak jugak cerita kat sini sebab pertama kali jumpe ni. Sebotol bersamaan RM62 + RM7 postage = RM69. Bila ditanya 2 botol berapa? Dia kata RM130 + RM7 postage. So aku pun pelik la sebab dah jadi RM65 sebotol. Selalunya bila kita beli brg dlm kuantiti yg lebih byk mesti la harga lebih murah kan? Tak pun harganya tak berubah. Ini terbalik kot pulak. Jadi lagi mahal. HAHAHA

Bile aku rasa pelik dia sentap pulak. Siap ckp kalau ada jumpa tempat lain lebih murah, beli lah. Saya jual pun tak untung banyak. Terpulang. 

Well, aku tak pertikaikan tentang harga dia jual berapa or gasak la untung ko sikit ke banyak. Yg aku pelik kenapa beli sebotol rege lebih murah drp beli 2 botol yg sama. Shud be pengiraannya RM62 x 2 = RM124 + RM7 postage = RM131 all in. Yang dia bagi RM137 all in. Tak ke nampak perbezaan RM6 disitu? Makanya aku rasa mcm tertipu lah kan. So tak jadi lah beli. Molek-molek je ckp terima kasih sbb sudi layan. 

Tak lama lepas tu seller up status kat FB kata, bila tiada ditanya..bila ada bnyk pulak persoalannya. Kalau la sy ni CEO avent tentu sy jual murah-murah.

HEHEHE. Aku bajet dia mmg tuju kat aku la tu. Kesian sbb dia ingat aku pertikai harga dia jual mahal. Yg sebetulnya aku cuma pertikaikan pengiraan harga dia drp sebotol ke 2 botol aje.

Ke aku yg salah sbnrnya dlm hal ni? Adoiiyaii...susah kot nak berniaga kalau mudah sentap gitu. Lagi pun aku tulis baik-baik aje kot. Ayat sopan je semua. So aku bajet seller tengah datang bulan. Moody. NGEEE
 

Walau ape pun tetap rasa bersalah la sikit sebab menyebabkan hati seorang manusia tersentap. Kurang pahala puasa aku hari ni gaknye. Sorry. Saya tak sengaja ^^








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat