Sibuk & Rezeki Tak Disangka

Selamat dah 1 hari Nazif di taska semalam. Kami sampai taska menghampiri 6.30pm & terkejut tgk mcm ramai lagi budak-budak yg masih ada. Ingatkan kami lah yg paling lambat hehe. Chit chat sebentar dgn pengurus taska tanya how's Nazif doing on his first day, about the monthly payment, does my ebm enough for the whole day for him etc.

Dulu masa Naurah mmg tak berpeluang sgt nak chit chat dgn pengurus/pengasuh sebab MIL yg ambil bawa balik rumah. Skrg rasa lebih berdikari & bertggjwb la terhadap segala urusan taska anak-anak. Ianya sesuatu yang baru bagi aku & habi. Aku ni sbenarnya bukanlah peramah mana pun utk bertanya bersembang itu ini. Tapi demi anak-anak kena lah buang sifat malu tak bertempat tu kan. Penting utk kita tahu perkembangan anak-anak kita kat taska tu macam mana. Samada nakal terlampau, sakit demam dsb.

Syukur ebm cukup sampai ke petang. Around 6 ptg gitu baru guna ebm yang nombor 4. Sama mcm masa MIL jaga sekejap sebelum ni. Hari ni aku cuma bekalkan Nazif 4 ebm + 1 balance from semalam. Total of 5 ebm & I hope it will be enough too. Amin. Kalau tak cukup risau mak nak. Kesian kat Nazif & rasa bersalah kat pengasuh pasal mesti pening kepala nak buat guane. Aku mmg tak bekalkan susu formula lansung utk Nazif. Moga ianya takkan terjadi.

Semalam tak masak sbb lauk pauk semua dah habis belum pergi belanja lagi. So tapau kat Pasar Tani aje utk buka puasa. Hari ni lepas ambil anak2 kena beli brg dapur pulak. Berbuka puasa kat luar ajelah nampaknya. Makin sibuk pulak rutin harian kami skrg ni. Sentiasa terisi spt tiada masa lapang. Aku pun tak dapat sangat nak layan wassap bagai. Pegang henfon pon tak dapat. Haha. Dah siapakan semua yg perlu utk hari esok, mandi, solat bagai, barulah dapat berehat tengok tv. Skrg cuma follow Masterchef All Star Australia pukul 7 & Jodoh Itu Milik Kita pukul 10. Malas dah nak tambah show yg lain.

Maybe rasa masa tu penuh terisi sbb masih belum dpt sesuaikan diri dgn masa. Lama-lama nanti sokay kot. Entah lah hehehe.

Walau penat sbb makin kurang masa rehat, kurang masa tidur...tetap rasa HAPPY dgn life sekarang ni. Alhamdulillah =)


Semalam pulak bos kabo tentang kemungkinan dapat bonus sebulan semua staff ttg shareholder dpt untung juta-juta dalam minggu ni. Macam kabo angin ajelah kan. Tak sangka baru kejap tadi ni opsimate suruh check akaun bank & ternampak ada penambahan amaun dalam tu. Masih floating tp ya Allah....syukur sangat atas rezeki ni. Mmg tgh pening sikit fikir pasal duit sebab nak buat akikah Nazif weekend before Raya Haji nanti. Kami buat catering kali ni sebab malas nak kerah tenaga ahli keluarga semua. Nak memudahkan la kan. Anak lelaki dah 2 ekor kambing. So boleh agak la duit yg kena keluar tu agak banyak yer huhu.

Mmg bajet dah kena keluar saving sikit lah kan. Tak sangka ada rezeki lain pulak. Dgn nak renew insurans kereta aku lagi bulan ni. It means so much for us husband & wife ^^ Untung ah laki bini kerja 1 opis kalau masuk bab bonus ni...hehehe =D

Thank you so much Allah.

 For those yang ada kat Johor dijemput la datang ke majlis akikah Nazif pd hari Ahad 13.10.2013 nanti yer. Naurah dulu buat kat Semenyih. So kali ni kita buat kat Johor la pulak. Adil dan saksama. Hehe. Moga Allah permudah.

Pin pinnnn...ketepi ketepi...saye nak lalu....






Popular Posts