Sleepless Nights & Early Mornings

Ya Allah..mata panda sungguh aku hari ni. Mengantuk ya amat. Malam tadi Nazif cerah mata dekat 2 jam tetengah malam bute. Pastu si Naurah join sama ngusik ke adik. Adoyaiii..kena la salah sorang berjaga. Selalunya mmg tugas aku la khenn -.-

Tak kisah lah. Tp sejam lps semua tido tetibe Naurah muntah mangga yg dia makan dgn byk time dinner. OK. Yang ini tugas habi pulak. Sejam after that dia terjaga & muntah lagi. Yang ni pun habi. Sejam pastu Nazif nak menyusu & its time for me to pump. Tgh syok pam lipas tetibe datang atas katil Siot betol. Melompat aku dibuatnya tgh syok pam & layan Nazif yg tgh mamai nak tido semula.

Dengar jeritan aku, cerah balik mata dia -.- Kejut habi soh sembur lipas pastu pass Nazif kat dia. Nak anto susu kat bawah. Sebelum tido tak sempat basuh pinggan, so as usual cuci pinggan periuk belanga bagai sbb smlm berjaya masak telur kicap & tumis mushroom. Simple dinner je sbb aku tak puasa semalam. Kalau puasa sllu beli kedai jelah. X sempat punye nk settle masak sblm masuk waktu maghrib.

Pas basuh pinggan kemas beg taska anak-anak pulak. Kemas living room serba sikit. Dah biasa dah asal hantar susu ke bawah pagi-pagi bute je mesti menyambil buat apa yg patut. Setiap masa yg tak perlu kena layan anak-anak perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kadang kalau fikir ttg letihnya badan tak cukup tidur & buat byk kerja, rasa mcm tak sanggup aje dah nak harung. Tapi bila dah dlm situasi mcm tu, kite jadi redha ajelah. This is my life. Whether I like it or not, hidup mesti mau terus. Harap Allah bagi pahala berganda-ganda pd aku. Amin.

Ada anak kecil happy. Ada anak 2 happy. Tapi bab byk kerja rumah & tidur tak cukup mengeluh sokmo. Kalau ada happy, mesti ada unhappy ye tak? Manyak cantek muke aku nk happy aje....hewheww =P

OK. Masa utk pump susu di Surau. Daa....

Tetibe letak gambo telefon kahkahhh





Popular Posts