Telefon Talian Tetap & Streamyx

Hoyeayy..dah sampai pun penghulu segala hari. Mmuahhhsss hari Jumaat ^^ I always love you no matter what. Lagi syok sebab Isnin depan aku & habi dah apply cuti. Nak bawak Nazif jumpa Dr.Khairul utk cucuk 3 bulan. Seronoknya aku rasa bila dia dah 3 bulan. Cepatlah masa berlalu. Kan best kalau bangun tido je tetibe Nazif dah 6 bulan. Ngeeee =P

Ohh..Nazif sekarang dah tak kerek sangat dah macam dulu. Dia dah suka senyum-senyum especially kat aku & Naurah. Owwh..pandai yer memilih orang perempuan aje. Dgn Ayah tak bape nak layan pun. Hahaha. Kesian Ayah.

Rupa dia pulak aku rasa makin lama makin nampak ikut rupa siapa. Hehehe. Belum pape lagi kena gelak dulu. Tak habis-habis rasa nak gebang 1 donia yg anak kali ni ikut rupa aku. SUKA. Sebelum ni asyik habi je bangga kat aku ckp Naurah ikut muka dia. Kali ni hari-hari aku dok berzikir kat telinga dia cakap Nazif comel macam Ibu HAHAHA

Agaknya mungkin betul Naurah ikut muka Ayah tapi perangai serupa aku. Nazif pulak ikut muka aku tapi perangai serupa habi. Fair & square =)


Lawak pulak tengok mata Naurah masa ni hahahaha

Bestnya ada baby & anak kecil lagi. Walau penat macam mana pun, susah macam mana pun, tetap rasa happy mengharungi hari demi hari yang mendatang. Its a blissful life. Alhamdulillah.

Hari ni habi cuti. Dia nak settlekan bayar insurance & road tax kereta Kelisa & tunggu orang dari TM pasang telefon rumah+streamyx. Tujuan pasang telefon tetap adalah sebab covering henfon yg hampeh kat area rumah kitorang tu. Buatnya ada emergency ke ape kan org tak dapat nak contact kita, tak ke naya tu. So akhirnya terpaksa la jgk pasang phone rumah. Streamyx tu takde pon takpe psl wifi free mmg selalu je ada.

Esok ada 2 event utk kami. Pertamanya nak ke Paradigm Mall, PJ buat pertama kalinya sebab ada ex-officemate jemput ke birthday party anak dia yg pertama. Dia buat kat JKids ke ape ntah nama tempatnya tu. Bersungguh betul dia invite siap wassap, sms & call. So tak sampai hati nak tolak. After that maybe akan terus shoot ke Seremban ke wedding adik abang ipar aku Abg Shahrul. Kire adik ipar Kak Lin lah kan. Rasa macam tak best pulak kalau tak datang sebab kalau ikut highway Lekas tu 20 minit je dah boleh sampai.

Esok adalah hari berjalan-jalan. Looking forward to that ^^





 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat