UB Gathering Sg. Kemensah 2013

Cemana nak start cerita yer. Kami bertolak dari rumah Kak Ya, AU2 Keramat pukul 11am. Dalam 15-20 minit je dah sampai ke Kemensah. Dekat bangat hehehe. Bile dah masuk dalam tu lalu cam dah hutan, habi dah tak sedap hati skek. Yelah, Nazif tu baby sangat lagi kan dah bawak tempat gitu huhuhu. Tp aku ckp tawakkal pd Allah ajelah ye bang. Mintak pd Allah moga Dia sentiasa lindungi kita semua. Takde yg lebih berkuasa selain drp Dia kan? =)

Niat kita bukan tak baik nak kesana tu. Cuma nak beramas mesra dgn kawan-kawan kacik maya je. Nak merapatkan silaturrahim. InsyaAllah kalau niat kita baik, Allah akan sentiasa jaga kita.

Berbekalkan kepercayaan pd Allah, kami teruskan perjalanan terus ke dalam. Bila nampak ada kertas putih ada anak panah tulis UB Bloggers, kami pun rasa lega. Dah hampir sampai. Sesampai aje nampak dah ramai yg ada. Yg dah terjun sungai pun ramai. Anak-anak kecil bukan main syok lagi main air. Ada anak-anak yg menumpang kasih pun ada spt Imaan anak si Fad. Hahahaha. Ini Fad yg ckp sendiri yer. Bukan aku saje tulis kakakaka =P

Kali ni syok jugak jumpa si Isma sbb dia dah pandai jalan & terlebih hormat orang tua sbb asyik hulur tangan nak bersalam cium tangan di dahi. Hahaha. So cute. Rasa nk cubit pipi dia byk kali tapi takot kena lempang dgn Fad. Kakakaka.

Sempat gak sembang dgn geng jauh si Intan payung dgn anaknya si Ayana yg sangat attention seeker. Bila orang tak pandang muka dia boleh pulak menangis. Bwahahaha. Kelakar sgt la. Tapi mmg comel lah. Muka manis aje anak dara sorang tu ^^ Abang-abang nya si Khalish & Jaz pandai bawak diri main merata. Tapi kena pantau selalu takot diorang naik atas jalan. Anak bujang mmg adventurous huhuhu

Masa kat sana aku byk minum air. Makanan pulak aku mkn nasi impit & rendang + bihun goreng. Masa tu mcm kenyang pastu tak makan la BBQ semua tu lagi. Skali bile nak makan semuanya dah yillek. HAHAHA. Padan muke aku kan. Org yg mandi naik atas sah-sah dah lapor balik. Terus la baham perabih semuanya.

Sebbaek esoknya order kat Hany soh dia belikan & ambil kat Uniten sblm attend wedding kat Labu Lanjut. So dlm fridge sane ade 1kg kamben siap marinate sedia utk dipanggang atas Tefal. Kalau tak mmg kempunan lah aku masuk gua bertangkup kakaka

K enough said lah. Merepek je lebih aku ni. Overall sangat happy jumpa 11 keluarga yg join the gathering. Semuanya dah pernah jumpa & selalu sembang kat grup wassap. So takde nk rasa kekok ke ape. Borak mcm dah lama kenal. Mmg dah lama pun kan? Ada yg kenal kt alam maya sejak belum kahwin lagi sampai now dah beranak pinak semuanya. 

What a great friendship we have dear friends. Moga persahabatan kita semua kekal hingga ke akhir hayat. Amin =)

Enjoice piccas yg sempat aku snap. Gune henpong je pon hakhakk

Nazif buat muka pelik. Overal dia syok tido spjng masa kt sana. Good boy ^^

Kesayangans ^^

Snap je mane dapat hahaha

Cute giler budak ni..aummm..gerammm

2 mak yongs ^^ gigih menapau

Orang jauh si Intan payung & mak yong jugak si Nurul hehehe..aku mkn rendang mak ko byk haha

Kawan sekolah 2 orang ni. Tu yg kamcheng

Reen tgh tkr pempes Luqman..aku sebok nk snap hahaha

Budak-budak

Biase la Naurah jadi mandur tgk budak2 lain main kekeke

Popular Posts