Anak-Anak Tak Sihat

Takde mood sangat hari ni. Nazif down with flu & cough. Naurah pagi tadi panas pulak badannya. Demam tanpa flu & cough. Adik ambik sikit, kakak dapat sikit. Main pasing pasing pulak penyakit ni @__@ Thank god esok dah cuti 2 hari. Dapat la pantau budak-budak tu sendiri tak payah nak harap orang lain. 

Nazif baru je start semalam batuk-batuk. Flu takdelah sampai running nose. Cuma bila dia bersin tu keluar la hingus kat hujung hidung. Batuk dia tu buat masa ni aku try sapu vicks kanak-kanak tu je kat dada & belakang badan. Tapak kaki & betis utk flu/angin. Nampak mcm lega sket batuknya tu. Kalau esok tak elok jugak, baru la pergi klinik mintak ubat.

Untuk Nazif ni sebolehnya aku nak elak sangat makan ubat moden ni. Sebab tu try dulu at least 2-3 hari utk natural remedy or ubat yg tak perlu kena telan. Di samping nak bagi antibodi dia kuat sket melawan penyakit dgn susu badan. Alhamdulillah dah nak masuk 4 bulan ni susu badan aku sampai terlebih utk dia. Rezeki dari Allah. Dah malas pam pun masih lagi cukup. Skrg sehari 2 kali je pam kat opis. Malam & pagi tengok keperluan. Kalau rasa full, baru pam. 2 kali pam tu pon dapat 4 botol selalunya utk EBM. Cukup sangat utk dibawa ke taska.

EBM beku pun masih ada dalam belas-belas packs. Tu pun buat sebab dah nak tamat tempoh hayat utk disimpan di bawah. Bukan memang nak buat sangat pun. Prefer bagi Nazif yg fresh drp yg beku. Dengan harapan khasiat susu tu lebih baik lah kan. Mudah mudahan.

Esok memang plan nk outing ke shopping complex. Kalau budak2 tu masih tak sihat, maybe lajak ke Annur jelah jumpa paed diorang Dr. Khairul. Hari Ahad petang ada kenduri kat rumah pak sedara habi. Lepas attend kenduri baru balik semula BBST. Thats all.

Have a nice weekend everyone ^^


Bukan versi charcoal pulak ^^




Popular Posts