Buat Pertama Kalinya ^^

Mula-mula sekali nak ucap tahniah pd geng blogger & wassap Dina Zakaria on her newborn baby girl awal pagi tadi dlm pukul 3.15am gitu di Hospital Ampang secara c-sect. Tak sabar nk tgk rupa baby. Mesti lawa macam omaknye jugak =)

2 kali bersalin, 2 kali jugaklah tak menepati due date. Naurah dulu due date bulan 3, lahir bulan 2. Nazif pulak due date bulan 8, lahir bulan 7. Hehehe. Dah tertulis dalam buku kat Luh Mahfuz sana. Yang paling penting sekali semuanya selamat ye dak? =)

Rasanya aku tak pernah lagi share kat sini tentang sebelum mengandungkan Nazif, aku memang setiap bulan selama 6 bulan tu berharap utk preggy. Tapi dalam masa yg sama masih lagi berharap utk pilih bulan yang best utk anak dilahirkan. Boleh gitu? Hahahaha

Bulan demi bulan berlalu, peluang nak dapat anak awal tahun makin tipis. Hehehe. Dah lama-lama keinginan tu terus padam. Target utk getting pregnant again only. Tapi hati masih berkira-kira, kalau dapat anak bulan Julai pun best jugak. Sebab aku suka dgn nombor 7. Pd aku no. 7 ni nombor yg cantik. Ntah pape. Hahaha. Pastu klu tak dapat bulan 7, aku nak bulan 9. Sama bulan dgn aku & habi =)

Itulah antara fikiran-fikiran poyo aku sebelum mengandung. Masa doc bagi due date bulan 8, hati aku dah terdetik dah ade peluang bersalin bulan 7 ni mengikut history yg lepas. Pulak kali kedua ni lagi  la byk komplikasi penyakit. 

Tup tup hajat aku dulu-dulu nak dpt baby bulan 7 tercapai jugak. Kalau ikut perkiraan sebenar, Nazif lahir tak genap 9 bulan pun. Genap kehamilan adalah pd minggu 37. Nazif lahir lagi 2 hari nak genap 37 minggu. Ini menjadikan dia baby pra matang sebenarnya. Hehehe ^^

Cumanya alahai...takat 2 hari je lagi. Tu pon nk kira pra matang ker? HAHA. So aku takde pon anggap dia pra matang. Anggap genap ajelah cukup bulan lahirnya. Lagi pulak berat dia masa lahir 3.4kg okayyyy!!! Baby pra matang selalu cinonet je kot. Tak sampai 3kg pon selalunya ^^

Buat pertama kalinya nak reveal Nazif Zukhayr fresh from my womb =)

 Sedang dibersihkan oleh nurse =)
Dah siap dibedung utk disusukan

Masa kena warded jaundis. 2 kali masuk wad T__T Kesian sgt tsk

Sekarang sudah 3 bulan setengah. Alhamdulillah ^^

2 bulan lebih je lagi dah boleh start bagi solid food. Ya Allah....terujanya rasa. Macam anak pertama pulak. Hehehe. Pd aku satu lagi keistimewaan ada anak yg jarak umur 3-4 tahun ni ialah rasa teruja yg sama mcm tak pernah ada anak yg sebelumnya sebab banyak benda pun dah lupa. Byk benda nak kena study balik. Tapi ianya sama sekali x terasa membebankan, malah menyeronokkan.

Kalau gap anak 1-2 tahun kalau pd aku mcm eyhh..macam baru je lepas bersalin anak pertama. Hahaha. Agak meletihkan la sbb anak yg sulung boleh consider kecil lagi & masih byk perlukan perhatian drp kita. Tak sempat nak rasa rindu pun dgn segala-galanya tentang baby hehehee =P

Tapi yg bestnya pulak, anak-anak sama membesar. Ada kawan boleh main sama-sama. Bila dua-dua dah besar, kita pon dah boleh relax banyak. Mcm kes aku, yg sorang tu dah boleh di relaxkan. Ada lagi sorang lagi si kecil yg menanti. Gitu.

Well, kita tahu keupayaan kita tu setakat mana. So, kena tanya diri kita dulu yg mana agaknya lebih sesuai.

Pilihan di tangan kita. Merancanglah sebijaknya =D








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat