Ikhlas Kerana Pahala

Nazif kalau waktu siang memang asyik nak berpegang aje. Tidur pun nak berpelok. Ada orang kata jangan la manjakan anak sangat. Nanti kat taska asyik la menangis nak suruh orang pegang. Mula-mula aku mcm rasa betul jugak statement tu. Tapi bila fikir-fikir balik aku rasa nak cepuk je kepala orang yg buat saranan tu. HAHAHA.

Being a mother, sanggup ke tengok anak kecil yg menangis mahukan perhatian drp kita? Baby lagi kot. Of kos la dia rasa sangat memerlukan orang besar utk menghilangkan rasa takutnya pd dunia yg dirasakannya sangat besar ni kan. Dah lah weekdays dah hantar pergi taska. Weekend pulak bila ada masa bersama dgn anak 24jam kita taknak pulak nk menghabiskan masa yg ada dgn dia. Tak ke kejam tu???

Bila aku muhasabah diri macam tu, barulah aku rasa lebih ikhlas & redha menghadapi segala karenah Nazif. Alhamdulillah. Yer, memang ianya sangat memenatkan. Boleh kata 24jam yg ada tu dia nak suruh kita bagi perhatian pd dia aje. Nak mandi, nak makan, nak masak semuanya payah. Untunglah ada habi sama-sama boleh bergilir melayan si anak. Lega lah sikit.

Weekend lepas ni kami balik ke Semenyih. Petang Ahad tu aku, habi & Nazif lepak dlm bilik. Naurah tak ikut. Sibuk main dgn pak-pak sedara semua. Takpelah sbb dia pun dah besar. Sampai bile pulak asyik nak dia ada depan mata kita aje kan? Lagi la dah ada baby kecil yg lebih memerlukan perhatian kami skrg ni. InsyaAllah ahli keluarga habi akan sentiasa jaga Naurah dgn baik even kami takde bersama.

So bila dah naik atas tu lepak la atas katil baring-baring. Nazif dah mamai masa tu. Aku pun baring sambil peluk dia. Habi pun baring sama. 5 minit slps baring dah dengar habi berdengkur. Huhuhu. Aku masih terkulat lagi menunggu si Nazif lena betul sambil menepuk-nepuk bahu dia. Bila tgk dia betul dah lena, barulah aku pun try tido sama. 15-20 minit selepas tu Nazif pun terjaga. Waktu siang dia memang tido sekejap-sekejap aje. Lps bangun tido, main pulak. Lepas main, menyusu. Lps nyusu, tido balik. Gitu ajelah rutin dia sampailah waktu maghrib. Lps maghrib selalunya barulah dia akan tidur sampai terjaga tgh malam menyusu.

Pukul 3pagi terjaga lagi & last sekali around waktu Subuh. Lepas Subuh ni selalunya Nazif akan terus bangun main-main & tidur semula sekejap sblm bangun balik utk ke taska.

Nazif dah bangun, aku pun terpaksa la jugak bangun walaupun mata masih lagi terasa kelatnya. Aku pandang habi, dia masih lagi tidur. Alahai...untungnya jadi dia. Dahlah tidur awal drp kami. Bangun pun bila dah betul puas tido. Tak mcm aku. Nak tidur kena pastikan anak lena dulu. Anak dh terjaga, suka atau tak kena bangun jugak melayan anak.

Itulah bezanya antara ibu & ayah. Sebab tuelah Rasulullah SAW kata dahulukan ibu sampai 3kali barulah ayahnya bagi seorang anak. Sebab pengorbanan ibu ni sememangnya lebih besar dlm membesarkan anak-anak.

Skrg ni bila aku rasa susah bab jaga anak-anak, aku cuma berharap akan mendapat balasan yg setimpal di akhirat kelak. Moga Allah bagi pahala berganda-ganda pd aku. Terus rasa bersemangat balik nak hadapi asam garam kehidupan berkeluarga ^^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat