Kebaikkan Berurut Pada Bayi








Petang Ahad yg lepas saje bawak Nazif jenjalan kt depan rumah in law. Ambil angin petang. Bosan kot asyik terperap dalam rumah aje kan. Memula semua orang pon takde termasuklah habi & Naurah. Deme ke rumah makcik habi kat belakang rumah sana. So tinggal lah aku ngn Nazif je berdua.

Tak lama lepas tu kazen habi hantar Naurah naik motor. Tu yg saje aku snap2 gambo dia tu. Bosan takde keje mmg gitulah dia hahaha.

Depan rumah habi tu rumah Bibik Yam yang mengurut aku masa pantang ke Nazif ritu. Urut yang super duper seksa. Nak menangis kalau ingat balik. Sampai merayu kat habi cukuplah 1 hari je. Taknak dah lagi 2 hari tu. Hahahaha. Nasib baiklah dpt suami yang penyabar melayan karenah bini yg macam2 ni kan. Tapi siryes la...kalau ada anak no.3, aku balik pantang kat Johor lah pulak. Taknak merasa seksa itu lagi T__T

Tapi aku xdelah simpan dendam ke ape kat Bibik Yam tu. Hahaha. So saje jalan rumah dia dukung Nazif. Masa urut dulu tu si Nazif pn kena urut sama okay. Tabahkan jelah hati bila Nazif menangis serba sikit tu. Pujuk hati ianya elok utk baby. Keluarkan angin dalam badan =)

Masa urut Nazif tu mmg byk sgt anginnya. Sokmo sendawa ajelah si bibik. Hehehe.

Bik Yam mintak nk dukung Nazif. Aku bagi ajelah. Amazingly Bik Yam kata Nazif sihat walafiat. Kat badan dia takde angin lansung. He's in perfect condition. Bik Yam ckp lagi, budak yg byk angin dalam badan selalunya senang demam or disinggahi penyakit. Wallahualam.

Ahh..happy je dengar Bik Yam cakap gitu. Masa demam lepas akikah kat Johor ritu pun cuma 2 hari aje. Pastu sihat dah sampai skrg. Cucuk dah 3 kali pon setakat ni tak pernah lagi demam. Tak taulah sbb berurut masa dia baby tu ke hape kan. Tp syukur ajelah pd Allah that he's all healthy baby. Moga Nazif sentiasa jd baby yg sihat sampai bila-bila. Dah tak jadi baby pun kena sihat okay!

Nazif ni kalau cukup segalanya memang okay aje. Cuma pd aku dia teramat lah manja kededek. Hahahaha. Tak sangka aku baby boy ni manja mengalahkan baby girl. Asyik nak berkepit dengan ibu aje. Dia ni suka di pegang, di peluk & didukung. Tak suka diletak berbaring. Tapi kdg kalau mood baik okay je dia ddk dlm rocker dendiam layan toys yg bergantungan tu hehe.

Tido pon kalau boleh nak berpegang & berpeluk selalu. Terutamanya waktu siang. Malam sokay lg la. Cuma kdg aku yg gatai g peluk dia. Geram. Hahaha. Salah ibu jugak mengajar anak tidur berpeluk =P

Kalau kat taska tak tahulah aku mcm mana Nazif. Tawakkal ajelah pd Allah dia okay aje. Naurah cuma kadang update ttg Nazif menangis. Tu ajelah. Menangis nak susu katanya. Hehehe.

Moga Allah sentiasa lindungi 2 beradik tu. Amin.

Si demok manje huhu







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat