Kelemahan Yang Sukar Utk Diterima

Kite ni jadi manusia senang nak nampak salah orang lain kan? Padahal salah diri sendiri tu bukan main lagi berkepuk-kepuk yang tak nampak. Org lain pulak yg nampak. Kdg kalau orang tak cakap, kite pon tak tahu kita ada byk rupanya kesalahan & kelemahan.

Tapi kan, betapa susahnya kita nak mengaku yg kita ada kelemahan/kesalahan. Bile org ckp dgn kita ttg perangai kite yg negatif, kite mesti 'ehh..ye ke?'. Tak kan lahhhhhh...hahaha..

Aku dgn habi mmg jenis open. Dah 4 tahun lebih berkahwin ni, tak koser kot nak malu kucen ke hape. Kalau ada perangai dia yg aku tak suka, aku ckp straight aje. Mcm kejam je kan. Dia pulak jarang nk ckp ttg kelemahan aku. Tapi aku yg selalu paksa soh dia ckp. Hehehe. Yg kelakarnya bila dia cakap, aku tak mengaku pulak. Menyampah je habi bila aku nafikan semua yg dia ckp tu. Aku pulak mcm otomatik in denial. Nape ntah. HAHAHA

Tapi sbnrnya habi & aku keduanya sama. IN DENIAL. Cuma cara in denial tu aje yg berbeza. Cara aku menafikan asyik la ckp ' mana ada..mana ada..'.

Cara habi pulak ' itu mainan perasaan ibu aje.....'  -.-

Dalam bab kerja pulak, biasa la every end of year ade assessment kan. Appraisal dgn bos. Aku ni bile dgn bos jenis pasif. Tahun2 pertama dulu mmg yer kan aje semua dia kata. Tapi tahun2 terakhir ni kemain lagi dah pandai back up diri. Hehehe. Yelah...sampai bile asyik nak YES BOSS aje. Walau dia bos, tak semestinya semua yg dia cakap tu betul kan. Kalau mmg ada point yg aku rasa bukan salah aku 100%, mmg aku pertahankan la diri aku. Berani kerana benar gitu. Ewahhhh

Tak bestnya bila kita berani melawan ni kdg bos tak suka. So dia bagi la markah sikit aje. Bonus pon dapat average ajelah. Aku pegang pd rezeki itu milik Allah. Dia yg tentukan. So apa yg dpt pun syukur ajelah. Kena ingat selalu yg kalau kita rasa susah, lg ramai orang lebih susah drp kita. Alhamdulillah.

Perangai kita yg dah sebati dgn diri ni bukan mudah nak diubah. Kalau tak bersungguh, mmg kelaot ajelah.

Dalam hal rumah tangga, kdg perangai suami yg kita tak berapa nak suka tu terpaksa telan ajelah. Terima dia seadanya. Itu cara utk mengelakkan sbrg konfrontasi. Kite kena fikir bukan kita aje yg kena bersabar dgn dia. Dia pn sbnrnya byk kena sabar dgn peel kita yg dia tak suka. So senang kata fair & square. Tak payah nak gaduh-gaduh. Buang masa aje.

Kadang aku & habi dah terlalu memahami diri masing2 sampaikan lama gila kot tak bergaduh. Tapi kdg rasa bosan jugak tak gaduh. Boleh gitu? So skali skala aku akan merajukkan diri yg ambil masa tak sampai 10 minit pun. Bila nak tidur, mintak jugak habi hulurkan lengannya. Hahaha. Ape pon tak bleyyyy =)

Anak dah 2 ni xtvt tido di atas lengan suami dah makin susah utk di capai. Sebbaek Naurah dah tak bape jeles dh dgn ibu & ayah. Aku tido ats lengan habi, dia tido atas lengan aku. Gitu. Nazif tido dendiam dlm rocker yer. Siap la klu adik tu dah besor sok. Atas lengan siapa gaknye dia nak tido kan??? ^^

Malam sebelum di botakkan. Tido dlm senyuman =)

Malam selepas di botakkan. Muka mcm puas je kepala dah ringan =)








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat