Kesihatan Merudum

Bukan senang jadi seorang wanita, seorang isteri & seorang ibu yang cemerlang. Kena tulis cemerlang sbb kalau setakat jd 3 status tu tapi semuanya tunggang langgang tak guna jugak kot. Semua wanita boleh jadi isteri & if ada rezeki jadi seorang ibu. Tapi nak jadi cemerlang dlm kesemuanya tak semua orang mampu buat.

Aku dlm proses mengkaji diri sendiri. Am I a good wife? Am I a good mother? Jawapan pd soalan ni tak ada pd diri aku. Ada pada habi & anak-anak je. Untuk rate diri sendiri, aku rasa tak byk bintang pon boleh bagi. Byk lagi kekurangan di sana sini.

Kesihatan. Betapa nikmatnya mempunyai kesihatan yg tip top.

Kesihatan sgt penting utk seorang isteri & ibu utk menjalankan tugasnya dgn cemerlang. Aku ada masalah dgn kesihatan. So tak dapat nak jadi cemerlang sgt. Adakah aku menyesal sbb tak menjaga kesihatan? Entah lah. Tapi aku mmg jenis tak amek port sgt dgn penjagaan kesihatan diri ni. Kalau suami & anak2 sakit, kemain lagi aku merisau & jaga sebaiknya. Tp tang kesihatan diri sendiri mmg sambil lewa aje.

Berpantang lepas bersalin pon sambil lewa sbb nak pastikan anak2 & suami terjaga. Buat kerja rumah mcm hape jer. Ramai yg marah tapi aku degil. Padan muka hahaha

Am I too late to correct the wrongs?

Skrg rajin makan supplement Shaklee. Tapi tak sure berkesan ke tak. Membantu atau tak. Entah lah. Kadang rasa nak give up aje. Tapi hidup mesti mau terusss. For the sake of habi & anak2.

Bertabah & bertahan sajalah. Tgh guna kaedah puasa utk rasa badan lebih sihat. Mudah-mudahan,



Penguat semangat aku





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat