Malang

Pagi ni hujan. Lepas hantar budak-budak ke taska, habi decide nak lalu jalan lain sebab bajet jem kat jalan kami selalu lalu tu. Rupanya jalan lain tu lagi jem macam haram -..-

Senang kata habi dah buat keputusan yg salah. Yer, keputusan dia sebab dia tak tanya aku pun masa nak guna jalan lain tu. Tau-tau je tgk dah lalu tempat lain. Malas nak cakap banyak. Kite ni kan co-pilot aje.

Sudahnya hari ni lewat kena penalti sampai 3 point. Ada 3 peluang je lagi utk datang lewat tak lebih drp 15 minit. Baru pertengahan bulan. Boleh ke? Dah la selalunya kalau lambat pun sebab dia jugak. Mandi lama, bersiap lama. Selalunya bab mandi lama & bersiap lama ni orang perempuan punya hal kan? Dalam kes aku ni memang terbalik okay. Aku jenis mandi & bersiap cepat. Pantas & tuntas. Selalu mesti mcm ni kan? Kalau sorang jenis cepat, sorang lagi tu mesti jenis hegeh-hegeh. Susah nak dapat dua-dua pantas -..-

Bagi orang yg selalu siap cepat, menunggu orang bersiap macam saje lambat-lambat sedangkan kite ni mengejar masa adalah satu siksaan yg sangat memedihkan yer. Macam tersiat-siat je hati tengok orang bergerak dengan penuh lemah gemalai.

Kalau mulut jahat kadang nak je sound. Tapi sbb malas nak cari gaduh, kita bersabar sajalah. Dalam otak fikir, takpe...takpe....kelemahan dia ni sikit aje. Kelebihan dia jauh lebih banyak. Jangan pandang yg sikit. Kita pandang yg banyak! Maka mmg boleh sabar =P

Sorry habi. I always love u no matter what. Tetibe je. Hahaha. Ampunnnn!! Lariikkkkkk!!!!!!

Oh yer. Semalam dapat puasa sampai pukul 2 lebih aje. Lepas tu spt yg aku jangka, period pon datang. Sadakallahulazim. Tamatlah puasa 10 Muharram aku dgn penuh tragis. HAHAHA.

K. Tu je utk pagi ni. Bai. 


Note:- Masih takde mood -..-






Popular Posts