Nilai Medical Center

Kekerapan Nazif batuk dah berkurangan. Tapi bila sekali-sekala dia batuk tu bunyinya sangat membimbangkan. Takut kat paru-paru dia tu dah penuh kahak. Kedengaran bunyinya mcm tu lah. As usual aku dah start risau. So smlm tengahari ajak habi ke Nilai Medical Center (dulu known as Nilai Cancer Hospital) for further check up. Klinik kanak-kanak tutup. So yg ada cuma doctor biasa aje. Tak kisah lah. Cuma nak pastikan tentang bunyi yang kedengaran tak best tu aje. InsyaAllah doc biasa pun boleh detect.

Tak lama pun menunggu sebab tak ramai orang. Ini kali kedua kami ke sana. First time masa Naurah kena fits T__T Dah lama gak tu. Tahun 2011 kot. Hospital ni nampak sunyi aje bile datang. Tak meriah lansung. Hampir seperti bangunan yg tak beroperasi. Hahaha. Tak sibuk mcm Hospital swasta yg lain like Annur or Azzahrah kat Bangi nun. Nasib baik ada kereta yg parking kat depan tu. Kalau tak mcm was-was je nak masuk.

Bila masuk pintu utama, yg ada cuma pak guard. Dia suruh proceed ke bahagian Emergency. Rupanya kat situ je yang ada orang. Hahaha. Sedih sekejap. Tp tgk orang tak ramai aku suka aje. Cepat sikit turn kami ^^ Tak lama lepas daftar nama Nazif, nurse panggil utk ambil berat Nazif & tanya serba sikit if Nazif pernah warded due to any illness before & whether he's a pre matured baby etc. Then dia catit la kat kad Nazif. After that duduk balik & in 5 minutes baru masuk jumpa doc.

Masok je tengok woww doc muda chinesse yg hemsem. HEHEHE. Sempat lagi tu =P Dia suruh duduk, aku jadi segan pulak. Sbb jadi dekat dgn dia. So pass Nazif ke habi lah jalan selamat. Aku kan pemalu hihi. Sebagai perempuan muslimah kenalah ada sifat pemalu kan? Tetibe je hahahaha. Kalau doc tak hemsem sokay je kot. Ni hemsem takot dup dap lain mcm pulak. BWAHAHAHA. Poyo betol. 

Banyak jugaklah doc tu tanya. Fasih aje dia cakap melayu. Jangan risau kalau rasa nak kesana. Dia tanya dululah macam2 like how long has Nazif been coughing etc. Then last sekali dia dengar dada Nazif. Lega bila dia kata takde bunyi. Dia kata tak payah bagi ubat la since Nazif tu baby sangat lagi. Dia suruh kami bersabar aje sampai batuk baik sendiri. Tapi dia bagi ubat demam in case jelah.

Aku sblm ni tak risau sgt pn pasal batuk Nazif sbb dia takde selesema yg running nose tu semua. Cuma bila bersin, kuor mcm hingus cair gitu. Itu jelah. Kdg keluar, kdg tak. Opismate aku kata doc prnh ckp kat dia yg itu bkn selesema utk bayi. Flu tu if running nose tu je. Tapi tuelah..yg pelik camne bile dia batuk tu mcm rasa berkahak sgt sampai boleh dengar bunyi time dia bernafas tu. Itu yg buat risau sebenarnya.

Habi dr hari kedua dah ckp nak bagi ubat batuk & flu si Naurah tapi aku cakap hold dulu. Sebbaek dia dgr ckp aku. Baby mana elok sgt makan ubat kan. Dah la bkn doc prescribed specially utk Nazif. Main ikot otak kita je pulak nak bagi. Sebbaek la aku bertegas ritu ckp jgn bagi. Aku teruskan dgn sapu vicks baby tu je kat dada & belakang bdn dia.

So bile doc pon x bagi pape ubat, aku rasa continue jelah dgn vicks tu. Mudah-mudahan cepat hilang batuknya. Amin.


Get well soon Nazif Zukhayr. Nampak demok je kan dia? Bahu aku pun dah lenguh klu dukung dia skrg. Tapi timbang semalam cuma naik 200gram je dlm masa 3 weeks. Sedih je rasa T__T Currently his weight is 5.5kg only. Ritu dari 2 bulan ke 3 bulan naik 500gram jugak. Nyusu dgn aku mcm biasa je. Kdg kuat jugak. Geng blog kata normal sbb lelaki ni byk otot bkn lemak. So dia mmg rasa berat klu dukung. If bb girl lemak je lebih. Even berat dia byk, tp dukung xdela berat mana. Gitu. Hehehe. Wallahualam.

Asal Nazif takde masalah kesihatan yg teruk2 sudah lah yer. Consider okay gaknye. Nerves lak nk check up masa 5 bulan nanti. Jangan kena tiaw dgn Dr.Khairul sudah huhuhu







Popular Posts