Penyakit Semasa Mengandung & Selepas Bersalin

Alhamdulillah akhirnya masalah sakit pelvik lepas bersalin ke Nazif akhirnya menghilang. Lega sangat rasanya. Tinggal tulang pelvik bergesel je kadangkala masih berlaku kalau salah posisi hewhew. Tak taulah dia memang baik sendiri seiring dengan berlalunya masa atau sebab rajin buat senaman Kegel. Masa post natal check up dulu Dr. Fatimah cuma advice buat Kegel selalu aje utk atasi masalah tu. So itu ajelah yg aku buat sepanjang tempoh yang lepas. Asal ingat aje, buat. Lama-lama hilang pun dia.

Masalah sakit pinggang & tak boleh berbaring/duduk di lantai pun menampakkan pembaikkan. Ni pun tak tahu sbb berlalunya masa atau apa. Yang ini mmg masalah sejak masa pregnant ke Nazif lagi dah muncul. Begitulah hebatnya penangan mengandung kali kedua utk aku. Belum kira bab demam & batuk teruk masa awal kehamilan lagi tu. Siap sampai kena pakai Poise sepanjang masa. Muntah kuning sepanjang 37 minggu. Kencing kotor kena 2 kali sampai berdarah @__@. Masuk ward sampai 2 kali.

Bravo Sharena! HAHAHA.

Leganya semua tu dah pun menjadi kenangan je dalam hidup aku. Kalau rasa rindu nak merasa balik semua tu, silalah pregnant semula. Tak koser haku nak berindu-rindu kot semua kepayahan tu. Buat trauma lagi ada. Hehe. Tapi dah namanya perempuan, dlm pd trauma la...serik la....tup tup 3-4 tahun akan datang mengandung jugak lagi. Tau-tau anak dah 3-4 orang. Kenapa eyh?

Personally aku rasa sebab semua benda yg kita terpaksa lalui tu walaupun sangat pahit semasa mengalaminya, ianya tak dapat menandingi kegembiraan bila melihat senyuman seorang bayi & membesarkan mereka depan mata kita sendiri. Siryes mmg tak boleh challenge keindahan ini. Anak yang lahir drp rahim kita tu tersangatlah berharga pd diri kita sampai semua yg tak best tu kita boleh buat-buat lupa aje. Buat-buat je okay! Kalau nak lupa terus mmg mustahil pulak rasanya ^^

Even anak tu susah macam mana pun nak dijaga, kita tetap rasa bahagia menjalankan tggjwb sbg ibu tu. Even penat macam mana pun, tetap juga seronok bila tengok muka anak tersenyum riang.

Inilah perasaan yang Allah berikan pd kaum ibu yang sangat istimewa. Sanggup berkorban utk anak-anak, suami & orang tersayang.

Siapa kata wanita tak hebat kan? ^^

Walau aku tak pernah mengalami 9 bulan yang indah, aku tetap rasa nak tambah anak lagi. Whattttt???? HAHAHA


If its for them, its all worth it. InsyaAllah =)

Wacchaaa!

 Note:- Or sakit semua hilang sebab consumed produk Shaklee? Hehehe. Omega+Ostematrix & Alfalfa =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat