Terimalah Ketidaksempurnaan

Meluat betul rasanya bila orang yang kita tahu banyak ambil masa office utk buat benda personal tetibe update status kununnya kerja lebih masa utk memastikan gaji yang dia terima tu halalan toiyyiban keseluruhannya. Pada matanya maybe segala perlakuan dia adalah baik-baik belaka semuanya sedangkan kita yang melihat ni nampak terlalu banyak cacat celanya.

Kerja tu memang 1 amanah utk kita. Aku sendiri tak perfect. Aku mengaku banyak jugak buat benda yang sepatutnya tak boleh buat masa office hour. Ohh..at least aku mengaku & perasan. Ada orang tu adakah buat-buat tak perasan or bagaimanakah?

At least juga aku jarang pulak dapat komplen sana sini tentang kerja aku yg tak perform whasoever. Sedangkan orang tu begitu byk komplen yg diterima mengenai work performance nya yg sbnrnya boleh juga menjatuhkan nama baik syarikat sebab hired orang yg tak cekap sepertinya. Adakah dia masih tidak mahu perasan?

Selalu saja ada alasan utk segala kesalahan yg dia lakukan. Kenapa tidak menerima sahaja? Tolonglah mengaku yg tak semuanya tentang diri kita adalah sempurna. Mengakulah kesalahan & mohonlah maaf. Is that so hard? Orang yang banyak alasan memang sukar utk digemari. Apatah lagi melakukan kesalahan yg sama berulang kali. Dia tidak pernah belajarkah dari kesilapan?

Dia juga selalu menlahirkan kata-kata yg menunjukkan semuanya tentang perkara menuju kepada kebaikkan tetapi dia sendiri aku tengok tak begitu. Cakap tak serupa bikin orang kata tu. Pd aku tak perlu lah nak cakap berdegar sangat kalau diri sendiri pun tak spt apa yg dikata. Diam itu selalunya memang lebih baik. Ohhh...aku lupa dia tak pernah nampak kesalahannya.

Tak semua orang yang semakin lama hidup di dunia, semakin bijak dirinya. Malah semakin bodoh & sombong pula.

Orang itu mungkin juga aku.

Akulah yang selalu tak sedar diri itu. Yang sedar diri itu adalah orang lain. Owh sedihnya T__T


Note:- Happy 4 months old Nazif Zukhayr ^^









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat