To The Zoo Or Kidz Paradise?


Semalam sampai awal ke taska nak amek anak-anak. Nazif tengah diberi susu. So lepak ah kejap tunggu dia sudah. Then menyembang la dgn pengasuh & owner taska. Deme bagitau nanti masa cuti birthday Sultan Selangor bulan depan, deme nak buat aktiviti bawa budak-budak ke Zoo Negara. So deme mintak izin la nak bawak Naurah sekali since bulan depan pun last month dia kat taska tu sebelum memulakan pembelajaran kat Little Jannah. Sorang budak kena caj RM50 & akan kesana by bus.

Aku sokay je. Habi pun sokay je. Owner kata kalau risaukan anak, boleh je kalau parents nak follow bas drp belakang ke ape. Dia pun macam tau kot kita-kita ni mestilah ada gak rasa risau anak kecik gitu nak follow pegi mana-mana naik kenderaan ni kan. So takdelah dia strict sangat ke ape =)

Memula aku macam rasa nak ikot la jugak. At least lepak kat rumah Kak Ya ke. Dekat sket kan if ada apa-apa benda berlaku. Tapi habi kata tak payah lah. InsyaAllah Naurah okay je. Biar dia enjoy dengan kawan-kawan semua. Pengasuh semua pun ada. Diorang akan jaga budak-budak tu semua dengan baik. Tak payah nak gelabah sangat katanya. Kita doa je pd Allah moga anak kita tu selamat pergi & balik. Itu yang terbaik.

So aku pun kembali dapat bertenang & cool ajelah. Kita serahkan keselamatan anak tu pada Allah. Cuma akan selalu lah berhubung dgn pengasuh/owner utk tahu keadaan Naurah. Boleh la sms sekali dua tanya pasal budak tu. Itu lebih baik drp risau tak tentu hala kot hehehe

Naurah pun macam excited aje nak pergi ke zoo. Have fun okay bila awak pergi nanti! Nak suruh pengasuh ambil gambar banyak-banyak ^^

Nazif too small utk ikut serta. Awak tinggal dengan ibu & ayah jelah yer. Merasa la jadi anak tunggal sehari. Hehehe. We will miss you kakak on that day! Take care. Ibu & ayah akan selalu doakan keselamatan awak & Nazif walau dimana pun berada. Moga Allah sentiasa menjaga kita semua.


Note:- Baru je plan nak bawa Naurah main-main kat Kidz Paradise@The Mines on that day hewheww


Tak tahu valid sampai bila diskaun ni. Tapi kalau ada yang nak pergi, print out jelah & try. Manelah tau dapat sikit pengurangan. Hari biasa fee masuk RM25. Time cuti sekolah, public holiday & weekend RM38.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat