Umrah Separuh Harga

Hari ni pergi office pakai t shirt, seluar getah & cardigan. Sempoi habis mcm nak pergi berjogging je gaya. Hehehe. Ini adalah sempena hari gotong royong mengutip sampah sekitar kawasan office & hotel. Aktiviti ni kena buat sekali dalam sebulan. Hari ni special skek sebab Tan Sri MK nak buat ceremony tanam pokok ceri la bagai utk menyokong kempen menghijaukan bumi anugerah Allah. 

Bos aku pon kena tanam sepokok kot nanti. Hahaha. Nanti aku nak snap gambo dia pastu emel. Perlukah pedajal snap gambo yg nampak hodoh? Agagaga. Bisikan syaitan kedengaran di telinga aku. No way man! Aku tidak sekejam itu ^^ Nanti I amek gambo U molek-molek ye bos hihi..

Semalam keluar dah memo tentang tawaran mengerjakan Umrah utk staf dengan ditaja sebanyak separuh perbelanjaan pd bulan Mac 2014 nanti. Ya Allah, rasa mcm bulan jatuh ke riba je bila baca memo tu. Bertahun sudah aku mengumpul duit utk merasa menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Alhamdulillah cukup sudah duitnya itu. Tapi asyik bertangguh atas bbrp sebab yang tak dapat nak diceritakan.

Tapi bile dpt memo ni aku rasa aku kena grab peluang yg ada. Separuh belanja pun dah 1 rahmat yg cukup besar utk aku. Since habi pun 1 kampeni dgn aku, so dia pun dapat pergi dgn separuh harga jugak. Senang kata kos RM6,300 adalah utk 2 orang. Bersyukurnya aku rasa kalau permohonan kami nanti diterima. Buat masa ni aku dah isi borang permohonan utk aku & habi. Harap bos masing-masing approved ajelah.

InsyaAllah kalau mmg dah masa utk aku pergi, mesti dapat pergi walau susah mcm mana pun. Tapi kalau Allah kata not yet, aku akan terus berdoa moga akan sampai juga kesana at least sebelum aku mati. Skrg ni peluang tu dah depan mata. So kita grab jelah dulu & see how it goes.

Tentunya bila nak kesana hati ni rasa berat je nak tinggalkan anak 2 orang tu. Tapi pd aku kalau benda utk ibadah ni tak elok kalau kita jadikan anak sebagai alasan kan? Dah tentunya Allah tu tetap priority utama kita dlm hidup. Dia adalah No.1. Aku tahu ini salah satu ujian Allah juga pd aku & habi. Dia nak tengok sejauh mana kami sanggup berkorban & siapakah sebenarnya No.1 dalam hidup kami.

Nak bawa 2 anak bersama, rasanya kami masih belum mampu. Plus utk anak-anak kami kena bayar full amount sebab tak applicable pd diorang. Hanya utk staf yg layak sahaja.

Apa-apa hal, kite kasi submit dulu itu borang. Kalau dah memang masanya, kami akan pergi. InsyaAllah. Doakan kami ye! ^^


Moga mata aku mampu melihat situasi ini secara lansung tak lama lagi. Amin.


Note:- Kalau dapat pergi kena buat solat taubat dulu banyak-banyak.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat