3 Tahun 10 Bulan


Kopak Ayah kena pow beli kasut ni. RM40 okayyy!!!





Hari ni genap umur Naurah Zayanie 3 tahun 10 bulan. Lagi 2 bulan genaplah 4 tahun. Hee...dah besar dah anak sulung aku ni. Tak lama sok ada pulak entry pasal dah masuk Darjah 1. Itu pun kalau umur aku masih panjang.

Budak ni memang dah panjang sangat akalnya. Tengok ah tu posing kemain lagi. Takde sape ajar pun. Percaya ke kalau aku yg ajar dia posing gitu? Aku sendiri pon kalau bergambar kemain lagi kayu nya. Trademark peace tu jelah yg aku pandai. Hahaha

Aku harappppp sgt lepas ni dia happy belajar kat tadika baru & day care baru. Aku & habi dah sedaya upaya cari tadika yang best untuk dia. Yuran tahunan sampai beribu. Bulanan dekat RM400. Day care & kelas siap ada CCTV. Moga berbaloi lah semuanya tu untuk awak Naurah. InsyaAllah.

Sabtu ni kita balik Johor jumpa Atok & Nenek yer. Cik Eddy kata Abang Emriel tunggu awak balik nak main basikal sama-sama. Have fun okay!

Teacher Nurul kata ramai budak-budak taknak balik bila day care upgrade mcm ni ^^







Popular Posts