Adakah Sekadar Lakonan???

Isnin lepas dapat sms pengasuh Naurah kat taska. Dia kata Naurah muntah-muntah dlm 5kali drp pagi. Boleh pulak aku lambat check henfon ada sms tu. Sejam setengah lps tu baru perasan. So terus ah kelang kabut call habi & ajak balik amek budak tu bawak g spital. Inform bos, apply EL half day & terus zass ke taska. Masa sampai tu dia tengah tido. Sayu je aku tgk muka dia T__T Kejut & ajak ke hospital. Badan dia pun dah dedar masa tu. 

Syukur si Nazif sihat aje. Kalau tak bertambah lagi susah hati aku. So kitorang terus ke Nilai Medical Center & request jumpa dengan pakar kanak-kanak. Since orang tak ramai, so tak tunggu lama lah kami. Dr. Yap tu muda aje. Pandai melayan budak-budak buat suara excited gitu. Tanya itu ini pd Naurah. Budak yg pasif bila berjumpa dgn orang tak kenal tu pun boleh jugak menjawab dgn bahasa isyarat. Angguk, geleng. Gitu aje. Hahaha. Tu pun dah cukop untong. Selalunya takde respon pon. Semua ibu & ayah kena jawabkan.

So itu bermakna Dr. Yap ni okay sgt la melayan budak-budak. Good! Nampak muda aje doctornya. At least dlm lingkungan umur kitorang lah. Dah ada anak 2 perempuan. Dia tanya kitorang Nazif laki ke ppn. Bile ckp lelaki, dia cakap BAGUS!. Aku pun tanya, apa yg bagus doctor? HAHAHA. Tergelak-gelak dia. Tu yg dia cakap anak dia keduanya girl ^^ Rezeki masing-masing ork. Laki ke ppn ke tetap sayang kalau dah namanya anak kita. Ye tak?

Doc tanya nak masukkan ward ke? Aku cakap biar aku pantau sendiri dululah tengok guane. Doc kata kalau nampak makin teruk kena cecepat bawak spital. Baiklah doc. So smlm aku pun EL sehari menjaga Naurah. Memula plan nk hantar Nazif ke taska. Tp dah budak tu kemain lagi senyum riang gembira pagi tu main dgn aku, terus ubah fikiran kihkihhh. Hati seorang ibu gitulah dia =)

Tak sure apa punca Naurah muntah2 & demam tu. Tapi bagi ubat demam 2-3 kali je dah kebah. Muntah pun berhenti lepas bagi ubat sekali je. Yang merunsingkan aku benda lain pulak. Naurah makin liat nak ke taska. Asyik nak menangis kalau ckp nak hantar sana. Asyik tanya kita nak pergi mana lepas ni. Dia mcm takut kalau kata nak hantar dia ke sekolah. Mesti menangis punya. Apa yg tak best sgt kat taska dia tu?

Aku tengok semua pengasuh layan dia baik je. Skrg cuti sekolah budak2 x ramai. Maybe sbb kawan dia ramai takde. Maybe jugak sbb aku & habi asyik lambat pick up dia ngn Nazif kat sana. Maybe kena marah dgn pengasuh atas sbb2 tertentu. Entahlah. Tapi sampai bulan ni je pun dia kat situ. Lepas ni dah start kat tadika Little Jannah sana. Hopefully dia suka dapat environment baru. Maybe its about time for her to experience new place & new friends.

Aku berharap dia tak buat peel taknak ke sekolah mcm skrg ni. Banyak duit ibu & ayah dah laburkan utk awak kat tadika baru tu. We really hope that she likes it. Amin.

Malam tadi aku tak sampai hati nak hantar Naurah ke taska since tau dia tengah tak suka nak kesana. Lagipun dia pun tak sihat sgt. Yang peliknya lps aku ckp jom balik rumah Wan, terus Naurah bersemangat & banyak cakap mcm tak demam & sakit apa-apa O__o terus aku cakap dgn habi, kite dah kena tipu dengan budak ni ke bang???? hewhewww -..-"

Pagi tadi pun masa nk pergi kerja kemain lagi becok mulutnya. Nampak happy kemain dapat duduk rumah Wan. Aku rasa dia saje buat macam tak sembuh lagi sebab taknak aku hantar dia ke taska. Homaii..kalau betul lah apa yg aku teka ni, nampaknya aku dah tak boleh pandang rendah lagi pd kebolehan dia. Dah pandai berlakon utk dapatkan apa yg dia mahukan. Err...tak tau nak happy sebab otak dia bijak pandai berlakon atau ape sbrnya ni. Dang!!!!

Sekali sekala takpelah aku mengalah. Tapi kalau selalu buat peel gini, memang tak dapek ahhh. Hmmphhh!

Awak dah pandai berlakon dgn ibu & ayah eyh?







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat