Jangan Diajar

Hari ni last habi cuti. Syok ah dia memanjang cuti je sbb kena habiskan sblm masuk tahun baru. Kalau x habis burn gitu je cutinya. Rugi ork? Naurah pun kemain suka la duduk rumah takyah g sekolah dgn ayahnya. Adik jelah sorang-sorang duduk taska. Sebbaek kecik tak paham ape lagi. Senang nak anto takde masalah. Everytime ibu said goodbye pon muka relax je takde perasaan ape. Hehehe.

Esok dah start kena g taska semula ah si Naurah. Penat dah aku dengar alasan yg x munasabah dia bagi kalau taknak ke taska. Bertahan jelah telinga ni sampai masuk tahun baru ke tadika baru. Yang itu dia mcm excited nak pergi. Buat masa ni jelah. Tu pon dah request soh ibu teman. Tak koser haku! Memula aku plan nk amek cuti gak teman dia masa first day sok. Tapi pas pk dgn lebih mendalam, aku rasa tak perlu lah. Habi pon kata x perlu. 

Kang kalau dah sehari berteman, sok-sok harinya dia soh teman lagi. Budak skrg ni bijak blaker. Tu pasal sblm buat apa2 kita ni kena fikir banyak. Kalau tak kena gaya, tak pasal mengundang padah yg lebih akan memeningkan kepala di kemudian hari. So as usual hati kena kental lah bab anak-anak ni. Tak boleh melodrama sangat. Takpelah org ckp kite ni hati kering ke ape. Yg penting kita tahu apa yg kita buat adlh utk kebaikkan anak2 kita je. Nak suruh diorang lebih berdikari & berani diri hidup kat dunia yg serba mencabar ni.

Hari ni last day habi cuti. Spjg dia cuti, hari2 hantar & amek aku balik keje. Macam la aku ni x pandai drive kan? Hahahaha. Dia yg volunteer nak buat gitu. Aku tak paksa pun. Saje buat ngade2 tanya ' habis orang nak g keje mcm mana?'. Dia pon jawab 'abang hantar lah'. Terus senyum lebor. Tak sangka da nak masuk tahun ke 5 kahwin pun boleh pakai lagi ngade2 yg tak munasabah ni HOHOHO ^^

Buat ngabes minyak kereta aje kot. Tapi aku SUKA. Habi pun tak kisah. So ape ade hal? Naurah pun happy je dpt hantar & pikap aku pergi balik keje. Aku rasa more to nak melayan Naurah sekali la. Takdelah terperuk je dlm rumah dgn habi seharian.

Esok back to our regular rutin =)

Gambar2 yg aku snap masa Naurah nak ke zoo ritu.


Ayah mithali

Comey tgk budak2 ni. Teringat masa aku tadika dulu hehe

The bus

Parents yg datang

Hana & Naurah

See...senyum byk lebar

Tetibe Nazif dah bertukar tangan hakhak

In the bus

Huu..sayu je tengok anak dah beso
 





Popular Posts