Melawat N & Irine Adriana

Hasrat mak yong Hany nak buat last gathering with blogger friends tak kesampaian hari Sabtu lepas sebab last minute ramai yang tak boleh nak commit. Lagi kesian kat Dira yang dah siap menjala pagi Sabtu tu. Tetibe ada family emergency. Kena balik kampung asap. Maka tinggallah aku berdua dgn Hany aje. Gathering ape kalau 2 orang aje? Hahahaha. 

So akhirnya Hany dapat idea nak melawat N & puteri comelnya Irine Adriana kat rumah parents nya di Bangi. Bila N bagi green light aje, kami pun tukar plan. So dapatlah jumpa N bersembang memacam. Dah laju je si N ni jalan. Luka kat bawah tu dah membaik lah tu. Hehehe. Kejap aje selim si N ni. Muka flawless aje kalah orang yang bukan dlm pantang.

Sebelum balik sempat ambil gambar sedas dua. Selamat berpantang N! Si Irine tu baik aje uk ek sikit-sikit lepas nyusu teros Zzzzz ^^





Mak yong Hany perutnya comel aje terbonjol kedepan. Keras sudah. Sempat lagi pegang perot orang. Kalau jangkit matik laaaa...hahahaha. Moga impian Hany nak bersalin bulan 12 ni tercapai. Amin.







Popular Posts