Pelajaran Baru Untuk Aku

Hari tu aku update pasal Nazif demam kali kedua kan? Dia dah sihat dah. Demam dia baik dlm sehari. 3 kali ke makan ubat demam. Lepas tu dah tak panas dah. Tak cranky & ceria aje. Tq Allah. Habi kata baby mmg demam kejap-kejap aje. Siyes aku dah lupa masa Naurah dulu gane. Tp seingat aku Naurah 3-4 kali gak admit hospital due to demam, flu pastu melarat jd bronchitis. Maybe masa tu dia dah 1 tahun lebih kot? Entah. Hilang ingatan dah aku @__@

Takpelah. Benda baik pon sembuh cepat drp penyakit. Tak payah nk runsing kepala kot. Hehe.

Kakak jadi pom pom girl

Meniarap at 4 monts


Bila demam. Tido pun nak berpeluk

Dah sihat =)

Nyenyaknya dia tido


Esok Naurah ada rombongan ke Zoo Negara dgn kawan taska dia & pengasuh semua. Harap dia enjoy & selamat pergi & balik. Aku, Nazif & habi tak follow pun dia. Maybe duduk rumah aje atau outing dekat-dekat jelah.

Bulan ni bulan terakhir Naurah ke taska. Bulan depan dah masuk tadika. I really hope she likes it. Skrg asyik buat peel taknak ke sekolah. Dah pandai buat-buat sakit pulak sbb taknak ke taska. Request nak duduk rumah Wan sbb dia tau Wan dah pencen tak pergi kerja so boleh jaga dia. Aku rasa lagi pening nak handle budak dah ada akal & pandai cakap mcm Naurah ni drp baby kecik mcm Nazif tu. Nak jawab dia pun dah 1 hal. Kadang mati kutu aku & habi dibuatnya.

Tapi takkanlah otak kita yg dewasa ni boleh kalah dgn budak umur 3tahun+ kan? Aku ni bila Naurah dah besar & ada adik, baru aku rasa kdg mcm 'panas' skek dgn anak perempuan ni. Maybe sbb perangai Naurah yg exactly mcm aku. So kita rasa mcm lebih geram & sakit hati berlawan dgn 'diri sendiri'. Korang paham kan? Haha

Aku terfikir. Itukah sbbnya kenapa selalunya ibu-ibu lebih ngam & sayang dgn anak lelaki berbanding perempuan? Ianya mcm lumrah semulajadi. Bukan kita yg nak or saje-saje nak lebihkan anak lelaki. Tapi kita rasa anak lelaki ni lebih mendengar cakap & tak byk buat benda yg boleh buat kita sakit hati. Sbb orang lelaki ni selalunya kan jenis simple & tak banyak songeh. Kann?

Anak perempuan pun rasanya lebih kuat menjawab drp anak lelaki. Mulut pok pek mcm kita jugak. Hahahha. Buku bertemu dengan ruas.

Now I know. Sblm ni selalu tertanya knp mak mcm lebih sayang pd abang & adik lelaki aku hah? Masa kekecik dulu la. Nampak je mak berat sebelah. Asyik menangkan deme klu gadoh ke ape. Skrg dah boleh rasa sendiri even anak-anak tu masih kecil je lagi. Dah beso sok lagi obvious kot!

Tapi berdepan dgn Naurah, aku muhasabah diri aku. How to tackle her tantrum. Caranya ialah dgn berlembut & cakap baik-baik dgn dia selalu. Pujuk. Kalau kita berkeras, lagi susah. Lagi dia melawan. So, aku yg even terasa 'hot' dengan peel Naurah, have to tone down myself. Beralah. Even dalam dada rasa api berombak-ombak menahan kemarahan, aku cuba utk cakap baik-baik dgn dia. Dgn lemah lembut even aku bukan orang yg lembut pon. Haha.

Demi anak kan? Tak larat la nak dengar budak menangis hari-hari everytime nak ke sekolah. Serabot otak!

So 2 hari ni dah berjaya kembali hantar budak tu ke taska. Even tiap malam dia ckp dia nak demam la, nak sakit perut la...ape la, bila pagi dia tak menangis dah nak ke taska. Pagi tu kena bagi mood dia ceria, main-main dgn dia & adik. So bile mood baik, tantrum pun kurang. Yeayy!!

And she looks forward to go to the new kindergarten. Asyik tanya kita nak pergi sekolah yg mana ni bu? Sebab ritu aku tunjuk kat dia kat day care baru sok ada ride on 2-3 biji yg boleh dia main nanti lepas tamat waktu sekolah tengahari. So dia excited tgk gambar2 kat day care yg mmg menarik lah. Aku suka dgn owner tadika yg particular dgn kehendak budak2. So budak tak bosan nak duduk kt day care. Rasa mcm main kat pusat permainan kanak2 mcm kat Kids Paradize, Critter Land or Megakids =)

Lepas setengah hari belajar, waktu petang boleh bermain sepuasnya. Tapi solat tidak di lupa. Hafalan surah lazim juga akan diajar. Moga Allah permudah.

Mencabarnya nak besarkan anak-anak ni. Kita pun akan sentiasa belajar seiring dgn pembesaran diorang. Lepas satu fasa, akan datang fasa yg lain pula. Its not an easy task to be a good parents to our children. Bukan lepas beranak je x perlu nak fikir apa-apa. Its a learning process for us & our children too.



Budak yg makin bijak saban hari









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat