Tabahkanlah Hati Dia. Kuatkanlah Semangatnya.

Sedihnya bile teringat tentang geng kacik blogger kat Kuantan sane. Teruk betul effect pd dia & family bab banjir tahun ni. Banyak harta benda yg rosak & tak boleh pakai. Dah la member tengah sarat mengandung. Barang baby semua tak sempat nak selamatkan. Dpt selamat buku pink check up bulanan tu je. Senang kata pergi ke pusat pemindahan mangsa banjir dah jadi sehelai sepinggang.

Peralatan nak baking semua mesti banyak yg rosak. Oven boleh guna lagi ke? Mixer? Sambil menaip ni pun dah bergenang air mata aku teringat ke dia. Walau jarang jumpa, tapi dia antara blogger friends yg paling kacik. Selalu gak gossip sana sini. Bila dia kena musibah macam ni, aku pun sama-sama rasa sedih. Aku cuba letakkan diri aku kat tempat dia. Ya Allah, serabutnya rasa otak bila fikir harta benda tu semua dah takde.

Mana nak cekau duit? Banyak benda kena fikir. Kena dahulukan mana yg penting dulu. Tapi rasa mcm semua pun penting. So how?

Kalau aku banyak duit, aku bagi dah dia pinjam. Tapi aku pun biasa-biasa je. Tolong ciput ciput tu boleh lah. Buat ringan sikit-sikit. Jenuh aku fikir apa lagi yg aku boleh tolong ke dia dlm kemampuan aku. Apa?Apa???Apa???

Aku harap sangat ada lagi benda yang aku boleh buat utk tolong ringankan beban dia. Moga dia pun tak segan nak cerita dgn aku or mintak tolong apa-apa dengan aku. Sebab aku akan usahakan sedaya mana utk tolong dia. InsyaAllah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kawan aku tu kat sana. Tabahkan hati dia & moga dia kuat utk bangun semula. Amin.


Note:- Ada barang yg mahu di pos ke rumahnya. Alamat pun dah minta. Belum sempat pos banjir pun melanda. Akan di pos lepas perkhidmatan pos kat sana dah pulih semula. Akan cuba tambahkan barang apa yg mampu. InsyaAllah. Moga Allah permudah.

Back at 2012. My trip to Kuantan - Cherating. Rindu!










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat