Terlalu Cepat Masa Berlalu

Hai korang. Sihat semuanya? Harap semuanya baik-baik jelah yer. Aku menyepi lama sebab balik kampung la ape lagi kan. Puas hati dapat spend masa lama kat kampung dgn mak abah. 5 hari kat sana mcm tak terasa. Sempat la outing 2 kali ke KIP Mart cari lauk & Aeon Kulaijaya nak tgk tempat baru. Syok weyh Aeon Kulaijaya tu. Besar betol. Puas hati. Kedai kt dlm pon not bad ah. Ade FOS, Sakae Sushi, KFC, TCRS & banyak lagi lah. Sila terjah pd mereka yg berdekatan yer =)

Akhirnya gaji bulan ni utk survive bulan depan masuk juga. 25hb duit di kredit dlm akaun mcm biasa. Kali ni berazam la nak manage bebetol duit gaji tu spy tak rasa sengkek lagi mcm utk gaji bulan lepas. Serik rasanya. Tak suka! Komitmen makin bertambah tapi gaji tetap sama. Tu yg tak best tu kan? So I am looking fwd for the next increment yg selalunya akan tau by April sekali dgn bonus tahunan. Harap adalah bonus 2-3bulan mcm selalu tu. Amin.

Skrg ni masa berlalu semakin pantas. Tak lama dah nak masuk tahun baru. Pastu kang tetibe dah tgh tahun. Bulan puasa pun datang diikuti dgn hari raya. Pastu musim haji & kejap je dah akhir tahun balik. Tanda kiamat dah semakin byk pulak tu.

Aku tgh pasang niat nak perbaiki diri aku semula dlm bab agama ni. Rasa mcm kena buat something sbb hati sudah mula x berapa nak tenang. Kena pangkas bbrp pkr dunia yg nampak sgt dah mengaburi mata hati aku. Aku kena lawan balik semua tu. Taknak terus terbuai dgn keindahan duniawi. Moga Allah tolong. Amin.

Susu badan dah tak berapa nak meriah tapi syukurlah masih ada. Nazif pun dah nak 5 bulan lagi 3 hari. Sebulan je lagi sblm dia dah boleh start solid food. Tak sabar. Harap dia kurang skek menyusu bila dah start solid. Masa Naurah dulu aku bekalkan nestum biasa utk baby yg pelbagai perisa tu je kat taska. Utk Nazif ni ingat nak jd rajin skek buat sendiri bubur utk dia. Entahlah. Kita tgk jelah nnti camne.

Tgh fikir2 lagi ni guane hal susu ni kalau ade rezeki g umrah sok. Pam mmg boleh pam. Tapi nak bwk balik tu yg penin. Boleh tahan ke ss dlm flight yg panjang eyh? Hurmm....sygnya kalau nak buang je. Belum cerita psl bab susah hati lagi tinggal anak-anak. Huhuhu. K. Malas pk dah. Bai.



Bagus shampoo ni. Kurang sket masalah rambut gugur & kelemumur. Beli kat saloon rambut















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat