Testimoni Spectra M1



Hari ni baru nak up entry. Hehehe. Sebab nak tunggu experience dulu the pump barulah boleh nak buat testimoni kan? Kisahnya pembelian Spectra M1 ni sbnrnya drp kes aku mengada-ngada aje. Kunun macam dah boring pakai Spectra 3 yang bulky tu lah. Memula nampak kat FB pasal pam Eve Love buatan Malaysia. Dah tertarik hati dah. Katanya siap ada lagu-lagu bagai. Cam best jer. Cam best jer. 

Tapi tak lama lepas tu dapat tau tentang M1 ni. Terus mcm wooo O__o. So small & lightweight katanya. Pastu prevent back flow pulak tu. Ada battery built in. Lagi la mengada-ngada tu bertambah sampai jadi menggedik. Hahahaha. Menyampah je habi layan aku kalau dok cerita pasal nak beli pam baru. Sbbnya pam S3 tu molek je lagi takde masalah ape pon. Baru je servis sblm nak bersalin ritu & beli corong baru utk double pam.

Tapi....aku kalau dah nak benda tu lagi pulak mmg guna hari-hari, tutup mata jelah bab rege semua ni. At least price dia masih reasonable & mampu bagi aku lah. Dulu mimpi gak nak beli Medela FS. Tapi sebab pd aku too pricey for just a breast pump, so sampai sudah tak beli lah jugak. Pd aku tak berbaloi ah sampai ribu riban rege breast pump. Ratus-ratus aku consider lagi hehe =P

So kebetulan pulak geng Kuantan sana dilanda musibah. Rumah banjir so byk kena pakai duit nk beli itu ini. Maka aku pon dpt cipta alasan baru utk beli jugak M1 ni. S3 bagi kat geng. So kenalah beli pam baru kan? HEHEHE =D Bijak tak? Bijak tak?

So dah pakai seminggu lebih la M1 ni. Sudah jatuh cinta. Ringan sbb 500gram je. Tak terasa membawanya kemana saja. Bunyi pam tak bising. FS yang rege ribu tu lagi bising okay! Huhu. Best best. Ade massage mode. Haa...yg ni paling menarik sbb aku suka tingling sensation to our nipples bila massage tu. Buatkan kita rasa mmg susu nak kena kuor no matter what. Gitu. Dia meransang nipple kite seterusnya hantar mesej pd otak utk kuorkan susu. Lepas susu dah kuor titik2 tu, tukar mode vacuum & pam mcm biasa. 

Ada 5 tahap pam. Selalunya aku bermula dgn No.3 & after 10-15 minutes naikkan pd No.4. Hasilnya susu adalah lebih banyak drp hanya stick pd 1 irama suction. Harap korang faham la. Jgn stick hanya pd suction yg sama. Bila dah selesa, naikkan suction & InsyaAllah susu akan keluar lebih lagi even sblm tu mcm dah takde.

Built in battery dlm M1 pun tahan lama. 6/7 kali boleh pam tanpa plug in. Best. Xyah nak berebt power point dah dgn kawan-kawan seperjuangan kat Surau tu. Hehehehe.

Overall, I love Spectra M1. Berbaloi beli for double pam dapat RM515 with Autumz nursing bra yg sangat selesa. Beli kat mudah.com.my je pon. LOVE.





Popular Posts