3 Weeks At Kindy

Dah minggu ke 3 since Naurah starts her kindergarten. Alhamdulillah dia suka sangat pergi ke kindy. Part mencabar cuma nak mandikan pagi je. Asyik la berdrama menangis pasal air sejuk. Kadang aku rasa nak mengalah je mandikan dia dgn air panas sebab malas nak dengar dia menangis. Haihh...entahlah. Maybe aku beli gak kettle lagi 1 letak kat tingkat atas khas utk air dia mandi. Tengok jelah camne. Hmmm...

Setakat ni aku nampak progress Naurah dalam bacaan solatnya. Dah boleh baca al Fatihah dengan lancar. Dah hafal bacaan dalam solat mcm iktidal, ruku' & sujud tu. Dah tiap hari solat kan, otak budak ni kan macam sponge. Senang je menghafal bacaan yang dia selalu dengar hari-hari. So lepas ni bila dia ikot aku solat, takdelah takat berlakon mulut kumat kamit aje. Dah boleh baca semua bacaan dengan betul like she did at her kindy.

Cuma kalau kat tempat awam jangan baca kuat-kuat sangat mcm kat kindy tu yer. Segan lak ibu nanti. Hehehe. Tersenyum aku & habi bila dengar Naurah spontaneously membaca pelbagai bacaan dlm solat tu. Kalau tak masuk kindy, entah bila nak hafal gaknye. Ibu & ayah kalau ajar bukannya konsisten. Bila ingat, ajar. Bila tak ingat, tak ajar. Tu yg payah tu.

Kalau kita tanya dia kat sekolah belajar ape, mesti dia kata takde belajar ape. Sabokan jelah. Hahaha. Tapi sebenarnya memang dia takde belajar ABC or 123 pun. Mostly aku tengok dia banyak buat crafts. Menampal, menggunting & sebagainya. Ahh....dia pun baru 4 tahun. Takdelah aku & habi expect dia dah boleh membaca, mengeja semua tu. 

Tujuan utama kami masukkan dia ke kindy seawal usia 4 tahun sebab memenuhi permintaan dia jugak. Dia yang nak supaya ada aktiviti yg dia boleh buat sebab dah rasa boring duduk taska tak buat apa-apa instead of bermain dengan kawan-kawan & tengok TV. As a parents, kami boleh nampak yang dia dah ready utk environment baru. So jadi parents ni kadang kena peka skek ah dgn tingkah laku anak-anak sebab diorang ni selalunya tak pandai nak meluahkan perasaan diorang. Tak reti nak cakap. So kite kena banyak bertanya sikitlah.

Apa yang kita ibu bapa nak tengok cumalah kegembiraan anak-anak. Kalau kita tengok anak tak gembira nak ke sekolah, kita pun rasa tak sedap hati. Nak pergi kerja pun, berat hati. Selagi boleh, kite try usaha berikan apa yang anak-anak rasa happy dalam range kemampuan diri kita. InsyaAllah.

Tak semua budak dah ready & suka nak ke kindy pd usia 4 tahun. Know our children well before we make any decisions.


Ooopssss. Haha







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat