Balik Batu Pahat & 6 Months

Takde ape sangat la aku nak merepek kat sini. Ketandusan idea pulak tiba-tiba. Nak cerita pasal ape je pon. Rutin harian yg sama, pegi balik keje macam tu jugaklah. Semuanya biasa-biasa aje. Cuma tak sabar nak cuti hari Jumaat nanti sempena CNY. Tak balik Johor pon. Maybe boleh outing dulu lepas Solat Jumaat pastu balik Semenyih.

Hari Sabtu nak ke Batu Pahat ada wedding adik Cik Antin (adik ipar Abah). Plan nak jumpa mak abah kat sana. Lama dah tak balik kampung Abah kat Batu Pahat sana. Aku rindu nak tengok suasana kampung orang jawa sana. Habi pon laju je cakap boleh pergi sebab dia pun dah lama tak ke BP. Habi dulu study kat Kuittho. Skrg da upgrade jadi UTHM. Kire dia pon ada banyak kenangan kat Batu Pahat sana.

Last aku balik kampung Abah kat Parit Samak sana tahun 2002 kalau tak silapnya. Masa tu balik menziarahi arwah Nenek yg meninggal. Aku study kat UPM lagi. So Abg Eddy pick up aku naik kereta berdua kesana. Tak sempat pun nak cium arwah buat kali terakhir. Cuma dpt ziarah kat kubur & sedekah al Fatihah ajelah.

Bila ke Batu Pahat, aku dah terbayang Mee Bandung Muar & Nasi Beriyani Gam. Harap dapat makan kat tempat yg sedap nanti.



The truth is hurts HAHA








Happy 6 months Nazif Zukhayr. Moga sentiasa selamat dlm jagaan Allah. Amin.







Popular Posts