Berita Sedih

Pagi ni sampai office aku terima berita buruk drp bos. Dia sampaikan yang anak maintenance manager kami skrg di Hospital Klang dlm keadaan kritikal due to choke. Tercekik masa tengah makan. Tak tau lagi details sebab tak perlu kot kite nak tanya banyak soalan pd orang yg tengah serabut. Tunggulah nanti bila orang tu dah cool down and nak cerita pd kita. Asal kita tahu cerita kasar dulu dah okay lah.

Rasanya 1 family makan malam kat luar. Tetibe tgh makan and syok sembang agaknya anak dia tercekik. Budak tu baru je masuk darjah 1 tahun ni. Katanya bawa ke klinik dulu. Dapat revived balik. Pastu nak hantar ke private hospital, tak terima. So hantar lah ke hospital kerajaan. Dgr ceritanya masih di ICU.

Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik utk Danish & keluarganya. Kau permudahkanlah bagi mereka & tabahkan hati mereka juga. Amin ya rabbal alamin.

Qada & qadar Allah, tiada siapa yg boleh melawannya. Semuanya dah tertulis dalam buku di Luh Mahfuz sana. Moga Allah sentiasa bagi kita semua kekuatan utk menerima segala musibah di dunia ini. Amin.


p/s: update 3.53pm. tercekik fishball. now in coma & critical. doc give 10% hopes only for him to survive T__T






Popular Posts