Hai Nazif



Nazif Zukhayr. Budak baik. Hehehe.

Senang sangat menjaga dia ni. Tidur malam pun tak terganggu mana disebabkan dia. Menyusu je, tidur lah balik dia dengan senangnya.

Bangun pagi pun dah sama waktu dengan aku & kakaknya. Tak payah nak bangun pukul 4.30 atau 5.30 semata-mata nak melayan dia bermain sebab dah puas tidur mcm tak lama dulu. Semakin mudah menjaganya

Nazif ni suka sangat main dengan kakaknya si Naurah. Terkekek ketawa kalau kakak bersembang dengan dia & buat funny faces yang macam-macam. Dengan Ayah pun dia suka sangat tergelak bila di agah. Dengan Ibu je dia kerek. Tak tau kenapa. Padahal kalau nak tidur, Ibu jugak yg dia nak. Taknak pulak dah dengan ayahnya

Tak nampak sangat lagi karakter si Nazif ni. Cuma nampak mcm jenis behave spt kakaknya jugalah. Ibu harap mmg behave lah kamu ye nak. Bila kat tempat orang, buat mcm kat tempat orang. Hormat barang orang jangan ambil sesuka hati. Jangan explore sana sini macam kat rumah kita. Takpelah orang cakap anak emak pun, yang penting kita tak ganggu hak orang

Ada masa awak boleh jadi aktif & explore segalanya. Ada masa, awak perlu juga behave yer. Always be a good boy ye Nazif. Ibu happy sangat dengan awak sekarang ni. Anak yg sangat mudah dijaga & tak banyak karenah. Dan sangat sweeeettttt like sugar huhu.

Love you so much my son.







Popular Posts