Jalan Alternatif, Cuti & Cameron

Semalam aku ajak habi try 1 lagi jalan alternatif utk balik ke rumah. Tak sanggup la nak redah 2 jem sblm sampai kerumah tu. Aku stressed. Hehe. Camnelah orang yg berpuluh tahun pergi kerja ulang alik mmg tempuh jem tu yer. Penyabar sungguh mereka tu semua. Tak macam aku. Baru bbrp hari dah rasa nak tukar kerja yang lebih dekat dgn rumah. Haha.

Sebelum ni habi try 1 jalan lain tapi kitorang patah balik bile tengok jem jugak. Sbb bercampur dgn org Putrajaya yg nak balik kerja. So cancel nak lalu jalan tu. Then aku teringat ttg jalan lagi satu. So gamble jelah dgn habi try lalu situ. Mcm jalan kampung ah sbnrnya. Alhamdulillah kami sampai cepat mcm dulu. Pukul 6.10pm dah pick up Naurah & 6.20pm pick up Nazif pulak. Pastu tapau foods for dinner, sampai rumah sblm pukul 7pm. Daebak! =D

Syukurlah Allah bukakkan hati nak try lalu jalan tu. Tq Allah for making it easier for us. Harapnya mmg jalan tu takkan jem sampai bila-bila. Amin.

Seronoknya next week cuma kerja 3 hari je. Ada 2 public holiday. Tuesday, Maulidur Rasul. Friday, Thaipusam. Usually aku mesti akan amek cuti on Monday sbb nak dpt cuti lama. Tp tahun ni sayang cuti sebab kalau dapat pegi Umrah kena cuti at least 10 hari. Total annual leave aku plus yg carry fwd from last year is 25 days. Kalau tolak 10 days Umrah da tinggal 15 days je nak harung sampai hujung tahun. Ohh..mmg kena berjimat sangat lah. Kalau takde pape agenda pergi ajelah kerja mcm biasa.

Kena save utk holiday to celebrate our 5th anniversary on May & cuti Hari Raya Puasa. Ini yang paling penting sekali lah utk allocate dari sekarang. Tahun ni sambut Syawal kat Johor. Yeayyy!!! Tahun depan pun sama sbb 2012 & 2013 Raya kat sini. Last year sbb aku dlm pantang lps bersalinkan Nazif. So mmg terpaksa la raya kat sini. Dah kabo habi sejak dulu lagi pasal lps ni 2014 & 2015 raya kat Johor. Kena adil & saksama. Even dia mcm menyampah je dgr aku kata gitu, tp aku tau dlm hati dia akur. Hahahaha. Akur ke tak akur aku akan gunakan kuasa sbg seorang isteri utk memastikan ianya terjadi. Ngehngehh. We'll see =)

Bos tetibe ckp appraisal aku hari Isnin next week. Aku tak fill up ape pon lagi. Spttnya on Wednesday, tp dia kata petang tu dia ada meeting. OK. Nak isi apa yg patut. Till then.....








Oh yer. Nampak gambar2 di atas? Kat mana tu agak-agaknya yer? ^^

InsyaAllah next Friday akan ke Cameron Highland with my family members. Tido semalam je pon kat sana. Percutian ni sbnrnya idea aku. Wasap Kak Ya, booked apartment & settled. Tinggal nak travel aje. Pergi Friday, balik Saturday. Moga perjalanan kami selamat pergi & balik. Mak & abah tak pernah jejak lagi kesana. Kak Ya pon tak pernah. So mmg molek sgt la nak kesana.

Akhirnya after almost 5 years, aku & habi akan jejak lagi ke tempat kami ber honeymoon lepas nikah back at 2009. I am all excited. This time dgn membawa 2 orang anak yang comel ^^ How time flies.

I bet Naurah will enjoyed the trip so much. Budak dah berakal kan. Dah pandai appreciate banyak benda. Entah-entah awak wujud dlm rahim ibu dulu pon kat sana Naurah. Who knows except for Allah. Tq God.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat