Naurah Dah Tadika :)

Semalam 2hb Januari 2014 sepatutnya Naurah dah start attend tadika baru di Little Jannah Integrated Kindergarten. Tapi mlm sblmnya dia muntah-muntah pulak. Rasanya kes lunch lambat. Breakfast cuma makan nugget 3 ketul. Lunch dekat pukul 3ptg. Penyakit dia ni sebijik mengikut ayahnya. Jenis tak boleh makan lewat or lari schedule. Bila perut dah masuk angin & naik kat kepala, mula lah migraine & muntah2.

If habi nak cepat baik, amek jab je senang. Utk Naurah doc cuma bagi ubat tahan muntah & ubat angin. Tak membantu mana pun. Nak taknak tunggu dia baik sendiri ajelah. Syukur lps tido malam, bangun esok pagi dia dah tak muntah dah. Kalau tak dah tidur pun masih boleh terjaga semata-mata utk muntah. Kesian T__T

So habi pun ambil EL semalam. Tak sanggup hantar anak tempat baru dlm keadaan tak berapa sihat katanya. Bab cuti utk tahun ni aku kena kedekut sikit sebab fikir if dapat pergi Umrah bulan 3 nanti. Banyak cuti kena reserve kat situ. Habi punya cuti banyak yg bring forward dr last year. Thats y dia yg kena berkorban semalam. Since Naurah dah besar ni habi memang takde masalah nak tinggal berdua je dgn dia. Naurah pun suka je ayahnya jaga. Cuma Nazif jelah habi tak berani sbb baby lagi. So klu adik punya hal, nak taknak ibu jugaklah yg kena sacrifice. Ohh....its a sacrifice with pleasure =)

Sempat pesan kat habi b4 I go to work to send Naurah to the daycare sbb Teacher Nurul said for this week cuma daycare je. Belajar start next Monday. Bagus sbnrnya buat mcm ni. Sesi suai kenal bermain-main kat daycare je dgn teacher & kawan baru. Lepas breakfast habi hantar Naurah kesana pukul 10am-12pm. 2 jam kat sana dah berjaya menambat hati si anak. Leganya rasa huhuhu ^^

Dia dah rasa seronok, so pagi ni siap cakap ' Ibu, kakak nak pergi sekolah baru taw! Taknak sekolah lama '. OK =D Takde drama tangisan kecuali masa nak mandi pagi. Hehehe. Budak dah biasa tak mandi & dimandikan kat taska lama. Gitulah dia. Takut sejuk. Hati kena keras jelah mandikan dia laju-laju. Kejap je nangisnya pastu excited dah.

Tak sabar nak tunggu petang. Nak dengar dia bercerita lagi macam semalam =)

Macam semon perangai skrg mihmihhh

Lega banyak sangat bila anak tak menangis nak pergi sekolah. Bila deme menangis, kita rasa mcm bersalah sbb paksa dia pergi ke tempat yg dia tak suka. Macam kita torture perasaan dia. So mulalah kita pertikaikan keputusan kita nak hantar deme kesana. Is it too early? Am I choosing the wrong school for her?

So pd aku bila anak excited nak bersekolah, nikmat kesyukuran tu rasa membuak-buak je. Puas pun yer jugak. Apa pun setiap anak kita tu penerimaan terhadap sekolah ni mesti berbeza. Aku harap semua anak-anak aku kuat semangat, tak mudah menangis & takut tak tentu hala bab ke sekolah ni. Moga pendedahan sejak bayi utk berdikari masa dihantar ke taska membantu. InsyaAllah. Amin.










Popular Posts