Naurah & Her Uniform To Kindy










Muslimahnya anak aku. Hehehe. Kalah kelabuhan tudung mak nyer.  Ade rasa malu skek dihatiku ini =P Aku suka kindy Naurah punya uniform ni sebab just shirt & track suit gitu. Tak perlu nak digosok & selesa untuk dipakai dari pagi sampai tengahari. Tudung tu boleh je kalau taknak gosok. Tapi habi as usual kan rajin terlebih. Seluar baju tu pon kdg dia gosok gak. Ikot dia lah. Hehe

Alhamdulillah tak pernah lagi Naurah taknak pergi ke kindy baru ni. Nampaknya dia memang suka kesana. I am all happy. Cuma bab mandi pagi jelah dia selalu menangis sebab tak suka mandi air sejuk. Memula aku ingat nak beli water heater or kettle khas utk letak kat atas. Tp asek dok teringat sunnah Nabi ttg elok mandi air sejuk ni. So keraskan hati jelah dgr tangisan dia everytime nak mandi. InsyaAllah lama-lama sok dia akan biasa & tak nangis dah. 

Air mandi zaman ibu dulu lagi lah sejuk Naurah. Takde pon nenek biasakan mandi dgn air panas. So air zmn awak ni sbnrnya takdelah sejuk mana. Kena tahan OK! Bila aku terangkan kat Naurah why she have to bath with air biasa, dia mcm termakan jugak. Bila cakap nanti badan kakak kuat & jarang sakit, dia terdiam. Maybe she's doing a little bit of thinking. Agaknya lah. I hope so =)

Setiap pagi bila hantar depan kindy, mesti ada teachers yang tunggu & sambut anak-anak yg datang. Senyum lebor bila nampak situasi ni. Mula-mula budak semua masuk ke daycare kat bawah tu dulu sebelum pukul 8am naik keatas utk mulakan sesi pembelajaran. Pastu bila teacher sambut tu salam & cium tangan teacher. Bagusnya ^^

Ibu & ayah harap awak happy kat sana ye Naurah =)





Popular Posts