San Francissco Coffee Alamanda

Mengantuk. Memang malas betul rasanya tadi nak pergi kerja. Dalam otak dah fikir nak EL je. Tapi bila fikir dgn lebih mendalam, tak jadi. Kena sayang cuti!!! Baiklah. Rela dalam terpaksa. Hari ni first time pergi kerja lalu jalan kampung yg jumpa ritu. Pukul 8 dari Taman Seroja, 8.26 sampai opis. Hoyeayhhhh. I am so happy. Selalu bila dah settle hantar anak-anak, tgk jam pukul 8 je mesti tau akan lewat dlm 5 minit sampai opis. Tapi hari ni ianya tidak begitu =D

Sayonara jalan lama. Kami pun dah naik muak sbnrnya lalu sana for almost 5 years now. Aku suka lalu jalan kampung sebab boleh tengok rumah-rumah orang. Teringat kat rumah mak abah di Johor sane. Pastu tengok suasana kampong ah kan dgn pokok belukar semak samun kelapa sawit bagai. Lagi best drp tgk pemandangan rumah taman & kereta yg berdesup desap seantero ceruk.

Esok cuti!! Yeayyy =D semua pon nak yeayy hahaha. Ptg ni ajak habi g FOS ah sbb aku nak belikan budak-budak sweater. Maklom la nak ke tanah tinggi Jumaat nanti. Aku tak payah sbb aku mmg jenis tahan sejuk. Relax je pakai baju biasa takde hal. Sesuai kulit aku ni kalau duduk berhijrah ke negara 4 musim. Haktuihh!!! Hahahahhaa. Berangan tak kena bayar.

Last Sabtu kami ke Alamanda je. Lunch kat foodcourt pastu jalan-jalan tanpa tujuan. Lama woh kat sana sampai 4jam 15 minit. Zohor & Asar kat surau baru yg dah dipindahkan sebelah area Parkson dekat dgn Noodle Station tu. Ada escalator naik atas mcm nak ke car park, belok kiri & jumpa surau. Besar suraunya. Convenience gak la. Waktu Asar Naurah request nak ikot aku. Pastu dia pon sebok la nak solat sama. Even rasa malas & renyah nak layan, tp aku layan gakla pakaikn dia telekung org besar. Labuh takyah pakai kain dah. Dia solat sebelah aku ikot sgl pergerakan as usual. Dah siap wajib salam cium tgn ibu.

Petang tu kami minum coffee kat San Francisco Coffee. Minum situ 3 air dgn sebiji donut besar je dah RM30. Minum kat coffee house lagi mahal dari lunch. Terjah sekali sekala je boleh. Hehehehe. Tapi aku suka atmosphere kat situ. So cozy & usually tak ramai orang =) Tempat tak ramai orang adalah pilihan kami. Tak serabut nak layan 2 budak kecil yg mcm-mcm peel ni.

Stylo mcm ibu. Ye ker??? Hahaha


Dah nape sedih gitu kakak?

Coffee panas habi tu sedakkkkk!!!

Donut tu Naurah half, habi half.

Selfie kami. Nazif is the winner ^^

Tengok ah Naurah tu. Mendengki ke adik ah tu berebut si Ayah

Ayah mithali

Dalam pada merungut takde duit, boleh lagi minom kat tempat mahal-mahal ko kan????? Well, aku mmg dah muflis. Dalam maybank ade RM20.34 sen aje. Tapi itu aku. Habi tak muflis. Dia jenis berjimat cermat. Bab boros bagi ke aku. Haha. Alah...boros beli barang-barang anak & rumah je pon. Bukan utk diri sendiri nyerrrrrr. Ape guna ada suami kalau tak boleh tanggung bini bila dia muflis kan? Miahahaha =P





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat