Tak Sihat

Hai korang. Aku tak sihat sejak hari Sabtu yg lepas penangan ke tanah tinggi Cameron yang sejuk tahap gaban. Sampai ke tulang sumsum sejuknya. Semua org pon x tahan. Aku sampai demam dibuatnya. Naurah pn sama. Nazif flu & baru td habi call kata dedar dah badan nk demam jugak. Habi sorang je yg masih sihat. Kalau dia pon demam, lumpuh la 1 rumah.

Lps demam, period pain pulak datang. Bertimpa-timpa. Tu yg badan tak fit sampai hari ni. Semalam dah stop makan ubat tahan sakit & paracetamol. Kepala pulak senoneng. Perut dah tak bape nak sedap. Selera makan minum merudum, susu pun terjejas habis. Bab susu ni yg paling merisaukan. Serabut otak bila fikir. So plan this weekend nak start solid food utk Nazif. 3-4 hari lepas tu je pun dia akan genap 6 bulan. Rasanya dah boleh sangat kalau nak start. Harap dia mmg dah ready nak makan solid. Amin.

Ya Allah, Kau pemudahkanlah urusanku. Mohon cepat sihat & susu kembali normal.

Tahniah pd Na yg baru bersalinkan baby girl pukul 10am td. Muka adik sebijik mcm abg Mika hehehe.

Tahniah juga pd Fashya yg announce her 3rd pregnancy at her 21st weeks. Take care darl.

That all. Kepala pening2 ikan dari pagi. Kalau bkn tgh peod skrg ni, rasa mcm simptom awal pregnancy je taw.






Popular Posts