Terpaksa Untuk Berubah

Rasa mcm dah lama pulak tak menulis tentang my thought. Semuanya update pasal aktiviti seharian aje. Pegi sana, pegi sini. Then pasal progress anak-anak. Agaknya orang pon dah naik jemu masuk sini. Hehehe. Entah kenapa lately mcm takde sempat nak fikir apa sangat. Sibuk sepanjang masa. Life rutin yang hectic saban hari. Masa rehat pon sangat terhad.

Satu benda aku paling tak suka skrg ni ialah setiap hari balik kerja kena hadap jem. Yer, jem yang bertambah. Dulu problem kat traffic light Dengkil, Bangi, BBST tu aje. Now dah tambah lagi satu kat traffic light BBST, KLIA. Punyelah panjang kereta beratur semata-mata sbb TL. Nampak sgt kereta dah makin banyak lalu kat situ. Situasi ni pertama kali terjadi sejak aku ddk kat BBST. Sebelum ni kat situ mmg tak pernah jem kecuali ada eksiden or sometimes if hujan lebat & air longkang melimpah.

Jem ni start jadi sejak budak-budak dah kembali ke sekolah. Sebelum ni mmg OK aje. Kami dah try balik punctual 5.30 on the dot pon still jem kat situ. Nasiblah jem yg jenis bergerak & tak statik sbb depends pd TL tu. Cumanya bila dah hadap 2 tempat yg jem, makin lambatlah kami pick up budak-budak kat day care sane. Usually kami dahulukan Naurah sbb 6.30 onwards every half an hour kena caj RM3. Nazif takde caj ape klu lambat. Tak pernah lagilah owner taska mintak kat kami. Kalau dia mintak, kami bayar jelah. Nak buat camne kan.

Masak ah kalau keadaan camni berlarutan. Sampai aku dah terfikir dah nak jadi cikgu tadika yg boleh kerja separuh hari je. Hahaha. Punyelah bencinya aku pd jem ni. Stress bangat. So dgn ini aku mengisytiharkan yg BBST bukan lagi tempat yg best kalau nak beli rumah sbb jem. Aku suggest beli kat Kota Warisan sbb masih free from jem lagi.

Semalam spjg dlm kereta aku membebel psl jem. Naik pekak telinga habi dgr rungutan aku. Bwahahaha. Baru je masuk tahun baru tp dah banyak tekanan yg aku rasakan. Baik drp cost of living yg naik mendadak sampailah kepada jem ni hah. Agaknya negara kita ni mmg dah tak best sgt nak didiami bg golongan berpendapatan sederhana mcm kami kot. Apetah lg yg pendapatan rendah. Haihh....apelah nak jadi negara kita ni. Makin lama rakyat makin rasa terdesak. Tak taulah ape yg gov dok buat selama ni. Asyik mengejar pembangunan sampai kebajikan rakyat tergadai.

Aku rindukan kedamaian hidup sebelum ini. Chewahhh...HAHAHA. Puihhhh!!!

Rasanya aku & habi kena do some thinking lah dgn byk perkara yg berlaku skrg ni. Nak kena cari duit lebih ke, pindah rumah ke, tukar kerja ke. Nak kena cari balik keseimbangan dlm kehidupan kami ni. Kena cari kesesuaian balik spy dpt hidup selesa semula mcm dulu. Nampaknya dah tak boleh nak tetap pd kehidupan skrg je sbb terlalu banyak yg dah berubah. So kami pon kena adapt to the new situation. Hrp dptlah idea yg bernas tak lama lagi. Amin.



Selfie dalam toilet opis. First time buat kot. HAHA

Alhamdulillah masih punya rezeki

Habi home cooked

JHT sensorang

My gift for habi

My 2nd gift for habi

Disebabkan kehidupan yg semakin sibuk, tak terasa masa berlalu dengan pantas. Masa utk bersama dgn anak-anak semakin terhad. Rasa sedih bile fikir pasal ni. Asyik sibuk settlekan hal rumah etc sampai anak pun tak dpt perhatian sangat. Weekend adalah masa yg sangat berharga skrg ni.

Dah lama sangat aku tak dapat memasak. Mostly mmg habi je sbb aku bz ngn anak-anak. Lagi la si Nazif tu kalau aku ada mmg nak ngempeng sokmo kan. Rindu dgn rutin lama ni T___T








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat