Aktiviti Bajet - Dataran Nilai
Hari ni ke office dengan hati yang agak nyaman. Sebab ebm Nazif ke taska cukup 4 botol. Harapnya memang cukup lah sampai ke petang. Botol kelima ada dlm fridge. Buat bekal utk hari esok pulak. Harap sepanjang minggu ni memang cukup sehari dapat 4 botol. Amin.
Oh btw habi dah pasang pc baru utk aku last Friday. So ni tengah nak biasakan diri dengan software yang lama which is from Microsoft 2003 to the new one which is Microsoft 2010. Banyak beza kot. Takpelah...lama-lama sokay kot pakainya. Memula ni je terkial skek.
Weekend lepas kami banyak lepak kt rumah je. Nak g shopping complex duit tak berapa nak meriah dah. So kenalah buat aktiviti bajet sahaja. Contoh bawak budak2 ke taman permainan hehe. Sabtu mmg tak keluar. Habi je bawak bdk2 g playground kat taman kami. Ahad petang kami ke Dataran Nilai. Naurah happy bangat. Nazif duduk buggy kena tiup angin petang sampai tertido dibuatnya. Haha.
Balik singgah MMA Santai Corner tapau meatballs Abg Burn. Naurah ajak g Giant tapi kami declined sbb takde ape pon nak beli. If pergi, memang banyak la benda mengarot kami beli. Skrg dah tak boleh belanja suka hati mcm dulu. Cost of living meningkat dgn mendadak. We have to change our lifestyles in order to have a stable life. Tak suka sangat rasa sesak taw. Dah lama tak rasa sesak-sesak ni. Sedih. Huhuhu.
Habi mmg jenis jimat orangnya. Tak mcm aku. Suka beli benda ngarot. Duit habis laju beli ntah pape. Pastu takde duit, ngendeng habi. Hahaha. Poyo betol. Tak boleh berterusan mcm tu. Don't like.