Happy 4th Year My Daughter

Hari ni genap Naurah Zayanie Mohd Izhar berusia 4 tahun. Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan anak itu kepada kami kedua ibu bapanya & orang-orang yang menyayanginya. Ya Allah, Kau pinjamkanlah dia lebih lama kepada kami dalam keadaan sihat walafiat & dibawah perlindungan Mu sentiasa. Amin.

Ibu & ayah pertamanya nak mintak maaf kat awak Naurah sebab tahun ni tak dapat nak ambil cuti khas meraikan hari kelahiran awak. Ibu & ayah kena simpan & sayang cuti sebab nak pergi ke Tanah Haram, InsyaAllah pd April nanti. Banyak cuti nak digunapakai. Kami harap awak faham ye.

Tapi malam nanti kita pergi makan-makan & beli kek yer. Kite ke Secret Recipe or Pizza Hut happy sama-sama dengan adik Nazif. 

Tahun ni buat pertama kalinya kita sambut birthday awak berempat. Awak happy tak ada adik? Nazif tu baik kan? Dia paling suka main dengan awak. Asal nampak awak je kemain lagi excited muka dia nak main. Kalau awak buat funny faces, terkekeh dia ketawa. Ibu buat mcm tu dia buat muka pelik pulak. Haha. Sabo jelah. Adik Nazif mmg sayang sangat kat awak taw. Ibu rasa selain drp ibu, awak memang orang kedua yg adik sayang =)

Tahun ni jugak awak dah start pergi ke tadika. Ibu & ayah happy sangat sebab awak seronok nak kesana hari-hari. Bayar mahal pun kami rasa berbaloi sebab awak suka. Since awak sekolah kat situ, banyak dah progress yang kami nampak. Setiap hari mesti bacaan dalam solat tak pernah lekang dari bibir awak. Zikir juga begitu. Secara tak lansung ibu & ayah pun berzikir sama. Awak pun asyik ulang langkah bertayammum dgn debu tanah sampai ibu & ayah pun dah hafal sama. You are such a brilliant kid Naurah. We are proud of you ^^

Workbook awak yg pertama sudah pun ibu belek & nampaknya awak memang boleh buat segala yg disuruh dalam buku tu. Kenapa kalau ibu yg suruh awak kata awak tak pandai & bagi banyak alasan ye? -..-

Naurah, awak adalah permata hati ibu & ayah yang pertama. Tiada galang gantinya. 4 tahun kami bersama awak merupakan saat-saat yang indah & gembira buat kami. Awaklah yang mengajar ibu & ayah how to be a good parents. Kami sama-sama belajar dari awak. Harap segala kekurangan kami awak maafkan lah ye. Ibu & ayah masih lagi dlm proses belajar.

Ibu mintak maaf personally dekat awak sebab sejak Nazif lahir, perhatian ibu pd awak dah berkurangan. Ibu pun dah lebih selalu marah awak berbanding masa awak sorang dulu. Ibu akan cuba utk jadi ibu yg penyabar & ideal in the future. InsyaAllah.

Happy 4th year my daughter....


 






Popular Posts