Our CNY Holiday

Its Monday already. Sekejap aje cuti 3 hari sempena CNY. Khamis malam kami balik ke Semenyih. Hari Jumaat outing ke Aeon Cheras Selatan. Bajet tak ramai orang. Padahal mcm ulat taik je hahaha. Malamnya PIL buat bbq makan-makan panggil sedara mara yg dekat kampung tu juga plus friends.

Hari Sabtu cucuk Nazif 6 bulan kat Annur. Best woh dapat turn yang pertama. Sampai sana 9.05am & nasib memang menyebelahi kami even dah ada a few family yg sampai dulu. So progress Nazif utk berat 6 bulan cuma 6.6kg. Naik 400gram dalam masa sebulan. Roughly memang macam tu jelah kenaikan berat Nazif antara 400-500gram sebulan. Doc kata okay aje.

Then doc suruh start bagi solid puree 3 kali sehari. Aku beli cerelac rice & fruits sebab lecehnya nak buat homemade food kat rumah in law kan. So takpelah. Kite try tengok Nazif suka ke tak. Rupanya dia suka lah pulak. Kemain lagi nganga mulut bila nampak kita sua sudu. Siap nampak dia merasa benda yg masuk dlm mulut dia kecap kecap gitu & telan. Excited je dia kemain lompat-lompat lonjak badan bila kita suap makan tu. Muka ada senyum. Hehe. Comel oihhh.

Lepas settled bab cucuk, kami terus menuju ke Semerah, Batu Pahat sbb ada wedding adik kepada adik ipar Abah. Dalam kereta 2 kali aku suap Nazif makan cerelac tu sebab dia macam cranky even dah kenyang susu. It means that he is all ready to start his solid isnt it? Susu dah tak cukup mengenyangkan untuk dia. He needs his puree food.

Hari Ahad pulak ptgnya keluar sekejap ke Tesco Semenyih. Beli baju blouse aku 2 helai & 3 pasang baju baru utk Nazif. Utk Naurah takde. Baju Naurah usually beli kat FOS je sekarang. Lepas Asar baru gerak balik ke BBST. Hari ni dah kerja huhu.

Skrg tgh nak set mind utk hepi pergi kerja. Sbbnya lepas ni mana ada cuti public dah. All the way kerja 5 hari seminggu. Menulis je pun dah rasa letih. Sekejap aje dah masuk bulan 2. Tak lama sok bulan 4 InsyaAllah akan berangkat ke Mekah & Madinah pulak utk menunaikan Umrah. Cepatnya masa berlalu. Persediaan takde ape lagi ni.

Bulan ni Naurah akan genap 4 tahun. Rasanya kami tak apply cuti tahun ni utk meraikan hari kelahiran dia. Sorry ye Naurah. Ibu & Ayah kena simpan cuti utk Umrah nanti. Weekend nanti kita pergi jalan-jalan & makan kek okay!



Sama tapi tak serupa. Versi boy & girl haha

Suka bergaya

Setiap hari Jumaat, Naurah & friend belajar taekwondo

Aktiviti kat Little Jannah utk pelajar 4 tahun




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat