Photobook Pixajoy RM 0.00

Memang tak rugi masok wasap sembang dgn geng bloggers neh. Banyak dapat info yang best. Sebelum ni shopping bagai nak rak kat Zalora masa diorang buat promo kat Kakao Talk. Menggila beli wallet, sandal & handbag aku dgn bayaran tak sampai RM100 haha. Jimat tak jimat la kan. Semua tu berjenama tau. Bukan cikai-cikai kat pasar malam punye =P Sangat puas hati. Hasil hebahan blogger Intan Hezliyana. Mmuahhss!

This time kat Mydeal pulak ada promo from Pixajoy buat photobook 39 pages RM0. Cuma perlu bayar untuk delivery aje RM8 per book. Dulu aku pernah buat, tapi give up. Rasa mcm susah gile nak pilih gambo Naurah yg beribu tu. Too much thinking to do only for 1 page. Bodoh masa tu kot. Haha. Pixajoy ni hebahan from Dira. Mmmuahs jugak!

This time around aku taknak bodoh lagi. So dapat siapkan 2 buku dalam 1 hari. Senang kata each book take time only for 1 hour to design & order. Now tunggu jelah buku sampai. Tak sabar gile ^^

Buku ni aku plan nak bawa masa ke Tanah Haram sok. InsyaAllah. Bila rindu, belek buku anak-anak. Itulah cadangnya. Sedih je kalau ingat pasal nak pisah dgn anak-anak ni nanti. Hurmm....

Tak boleh tahan tengok Ciare Closet buat Sale kat FB. So pilih 2 dress kembang utk Naurah. Ritu cuma shopping baju Nazif kat Tesco. So kali ni kakak punye turn pulak. Murah je 2 dress RM48 + Free postage. Mmmuahhss to Ciare pulak ^^

Juga tengah tunggu postage telekung hitam bought from my school friend Ceq Yam @ Yamah. Telekung ni cadangnya nak pakai masa pegi Umrah sok. Dia belikan masa ke Ho Chi Minh ritu. RM65 with postage. Another new telekung bought from habi's office mate Kak Som. Mahal skek RM90 tapi mmg kualiti baik lah. Just nice dia punya muka tu at my face. Plan tu buy another telekung at Nilai 3. Nak beli jenis kain Lycra. Geng wasap kata (Ardina) dia beli RM25 je kat Nilai 3. Juli kata dia beli kat Jln TAR RM30. Selalu nampak telekung jenis ni dijual kat kiosk biasa sampai RM70-RM150. Mahal woihhhh

OK. Itu ajelah update terbaru tentang life aku. See you guys next time InsyaAllah =)

Below are some pics taken when me, habi & Nazif went to Kg. Nibong, Semerah Batu Pahat to attend a relative wedding. Able to meet my parents, Kak Ya & Hirraz over there. Naurah tak nak ikut. So tinggallah dia kat Semenyih dgn Wan. Rugi. HAHA.

Aku suka sangat kalau jalan lalu area kampung. Envy sangat orang yang duduk kampung ni taw. Cam aman damai je hidup. Makanan dah la sedap-sedap. HAHA. Makanan jugak yg aku ingat =P

Sungai Muar

We are heading to Pekan Semerah, Batu Pahat

Tokong cina aku g snap hahaha

Camne nk hilangkan jeragat coklat beso tu??? Grrr

Si manja ibu. Comeyyy








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat