Planning 2014

Lepas dapat anak sepasang lelaki & perempuan, if ditakdirkan akan ada anak yg seterusnya....ada lagi ke ibu bapa yg kisah tentang jantina anak? Kalau aku dah tak kisah dah la. Cuma kadang maybe akan dtg ngada-ngada yg lain contohnya nak ppn, laki, ppn, laki for those yg nak anak 4 orang. Habi cuma request 3 orang anak dari aku. Itu pun Allah yang tentukan samada masih ada rezeki tu atau tak. If tanya aku skrg, mestilah jawapannya tidak lagi. Tunggu 3-4 tahun lagi la. Dgn harapan badan masa tu masih kuat & ekonomi keluarga pon dah makin stable. InsyaAllah.

Kakak sulung aku anak dia 4 orang semuanya berselang seli lelaki & perempuan. Rasanya mmg dah tutup kilang dia tu. Letih dah katanya. So now masa utk membesarkan anak-anak sajelah. Bab rindu baby tolak ketepi. Haha. Siblings aku 7 beradik hanya 4 yg dah berumahtangga. Lepas kakak sulung aku, aku follow dr belakang dgn anak 2. Abang & adik aku masih lagi dengan anak tunggal. Tak taulah bila nak menambahnya deme tu. Perancangan masing-masing lah kan. 

Cerita bab perancangan, setakat ni plan aku & habi masih lagi on track. Manage to give birth of Nazif before I turned 31 years old last year. Itu pun dah rasa lebih banyak dugaan bila pregnant & post natal problems. Lebih mencabar drp masa melahirkan Naurah. 3/4 years in future tak dapat gambaran lagi mcm mana. Yg pastinya kena prepare mental & physical sebelum trying to conceive again. Support drp habi juga sangat penting. 2 kelahiran sblm ni dia mmg sentiasa menyokong & byk membantu. Tu pasal aku kuatkan semangat mengharungi susah payah tu semua. Kalau habi jenis tak support, mmg cukuplah setakat 2 ni saje. Haha.

So skrg bab anak kita lupakan dahulu. Focus pd anak-anak yg ada skrg. So ape pulak focus or target kami yg seterusnya. Utk j/masa pendek, InsyaAllah akan termakbul impian aku utk menjejakkan kaki ke Tanah Haram pd April nanti. Impian nak tengok Kaabah LIVE depan mata. Niat nak pergi umrah ni sebenarnya tercetus selepas aku putus tunang awal tahun 2009 dulu. Masa tu mcm ada simpanan sikit & rasa bila dah takde boyfren nak fokus pd pengisian rohani pulak.

Tapi tak sangka jodoh datang lebih awal sblm pursue utk ke sana. So lupakan sebentar hajat di hati & focus pd kahwin. Lepas kahwin, dapat anak pulak. Dah dapat anak, duit simpanan pulak dah menyusut. Kumpul balik & akhirnya tahun lepas dah cukup utk belanja kesana. Dah cukup duit tapi beranak kecil sekali lagi pula. Kemudian dapat hint agaknya drp Allah, so company sponsor half of the payment for those staffs yg layak utk buat Umrah.

So aku pun bermuhasabah diri, mungkin inilah masanya utk aku kesana. Allah dah bagi lorong utk permudahkan hajat aku. Adakah anak yg kecil akan jadi penghalang? Siapakah yg lebih perlu kita utamakan dlm hidup? Allah atau anak? Jawapannya sangat jelas. So aku tak fikir panjang, bulatkan tekad & ajak habi sama-sama kesana. After some discussions, akhirnya habi setuju nak pergi berdua suami isteri even sebelum ni dia pernah kata if nak kesana mesti bawa anak-anak bersama. Tapi kami bukanlah orang yang berkemampuan. Ianya hanya 1 impian utk bawa anak-anak bersama tapi ianya bukanlah satu syarat wajib di sisi agama.

Alhamdulillah, habi berpijak dibumi yg nyata. Ianya bukan satu proses yang mudah. It takes years for me to finally will realizing my dream to see Kaabah LIVE with my own eyes. InsyaAllah. Pada aku yg paling penting sekali niat. Niat tu yang pertama sekali perlu ada tentang mahu kesana. Bila dah ada niat, InsyaAllah akan dapat juga kesana. Dia tolong. Dia permudah. Dia tunjukkan jalan.

Aku tau aku banyak dosa. Tapi aku tak pernah jadikan dosa yg banyak sbg alasan utk taknak pergi kesana. Pd aku tujuan nak kesana adalah antaranya dgn harapan aku boleh jadi manusia yg lebih baik di sisi Allah. Aku hrp aku dapat perbaiki diri aku inside & out. Aku takut membayangkan maybe Allah akan uji aku dgn pelbagai kesusahan masa disana nanti disbbkan dosa-dosa aku yg menggunung. Tapi dalam masa yg sama aku nekad utk cuba memperbaiki diri aku disisiNya. Nak menguatkan lagi keyakinan aku pd agama Islam yg syumul seterusnya menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah & manusia amnya.

Aku harap mmg sudah sampai seruan Allah utk aku kesana. Selagi aku x jejak kaki kat sana, selagi tu aku sentiasa rasa takut kalau semua plan ni tak jadi. Sbb aku tahu bab nak kesan ni if Allah kata dah, mmg akan pergi juga walau susah mcm mana pun. If Dia kata belum, buat camne pon tak dpt jugak pergi. Apa yg aku boleh buat cuma berdoa pd Dia dlm pkr ni.

Lepas pergi Umrah pd bulan 4 nanti, bulan 5 pula kami akan bercuti ke KK sekali lagi for our 5th years anniversary. InsyaAllah. Utk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami anak beranak. Plan kami setakat ni hanya berakhir di situ. Selepas drp bulan 5, kita get ready utk bulan Ramadhan & Syawal. After that masih blank.

Itulah serba sedikit plan kami utk tahun 2014. Moga Allah permudah. Amin.



Moga Allah sentiasa menjaga keselamatan anak-anak aku walau aku takde disisi mereka. Amin.















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat