Wabak Denggi Meningkat

Sekarang ni musim demam denggi kan. Berita malam tadi cakap kes denggi naik 3 kali ganda drp biasa. A few weeks ago my neighbour pun kena warded due to dengue fever. Seminggu lebih gak kot dia warded. Nasib baik dah sihat skrg. Yang kena ibu pulak. Terkontang kanting la si ayah nak handle anak-anak yg masih bersekolah si 3 bujang tu. Dugaan utk keluarga mereka.

So aku pun bila tahu sebelah rumah kena macam seramnya. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga drp penyakit merbahaya. Dah beberapa kali orang Pejabat Kesihatan datang buat fogging kat taman aku tu. Semalam pun buat lagi. Habis bau asap baju habi jemur kat belakang rumah. Kami sampai rumah around 7pm gitu. Tak sempat lagi nak angkat jemuran. Tension je habi hehe. Tapi malam skek habi angkat baju dia kata takde bau asap. OK ah tu tak perlu basuh balik. Maybe bau asap dah hilang di tiup angin malam gaknye =P

Geng UB yang duduk kat Nilai pun kena a few weeks ago. Bila dia sihat, anaknya pula yg sebaya Naurah kena. Ya Allah, dugaan sungguh buatnya. Dna, I hope you are strong & please get well soon Danial.

Kat Taman Ixora siap ada buat gotong royong membersihkan kawasan rumah & sekitar taman. Kami tak join pon huhuhu. Yelah, buat tu masa weekend, kami sedap lagi golek-golek 4 beranak atas katil bergurau senda. Pastu dengar announcement dari speaker Surau ajak semua penduduk keluar g gotong royong. Dgn anak kecik 2 orang tu, lahaiii...mmg payah nak join lah aktiviti gitu. Cukuplah habi just bersihkan area rumah & area jalan depan rumah tu je. Tak dapat byk, sikit pun jadilah.

Moga wabak denggi ni cepat berakhir. Amin. Lamanya dah tak hujan kan?

Ohh..congrats to UB friend Maria yang dah selamat melahirkan baby girl 11.47pm malam tadi. Sepatutnya hari ni induce sebab dah overdue, tapi sama mcm Na..adik baby taknak mama kena induce. Hehehe. Selamat berpantang Maria! Adik baby sangat comel mcm aku hakhakk ^^



Rindunya saat ini

 








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat