Bekal Nazif & Door Wallpaper Deco

Seronok betul rasanya hari ni berjaya bekalkan Nazif dengan bubur labu & carrot. Nazif dah tak minat dengan puri. So a few weeks ago during weekend aku try la buat bubur labu lembik utk dia. Kira nasi lembik la tu kan. I guess he might want some texture for foods already. Seingat aku Naurah start nasi lembik masa dia 8 bulan. Nazif pun dah 7 months plus skrg. Its about time lah gaknye.

Masa suap pagi tu dia taknak sangat. Tapi petang tu dia makan banyak skek. So aku rasa mmg dia dah ready. Tapi hari demi hari pergi kerja masih lagi failed bekalkan dia sebab sibuk dgn kerja rumah etc every nights. Setiap pagi hantar dia dengan rasa bersalah. Puri bubur merah ready made mmg ada setin utk dia kat taska. Pengasuh cakap dia makan jgk tengok mood. But still...... :"(

Sebelum ni aku masak bubur Nazif by manual using my vision kaca ittuw. Susah sebab nak kena pantau selalu. Dah bbrp kali hangus sebab menyambil buat kerja rumah lain. Malam tadi aku masuk dalam rice cooker je. Problem solved. Nasi lembik labu & carrot berjaya dihasilkan dengan sedap haha =P

Pagi tadi panaskan balik bubur & masuk dalam thermos makanan Simple Dimple merah. Yeayyy ^^

Ibu harap awak makan dengan banyak ye Nazif. Petang nanti akan tanya pengasuh lah. Ritu belikan jugak dia beskot beras yg cair di lidah tu kan. Perisa banana. Dia suka geget sampai patah pastu mcm nak tercekik. Terus takot nak bagi dia makan. Siap aku korek keluar biskot tu. Seramsss. Sebbaek kakak ada menghabiskan semuanya. Tak membazir hewheww



Tadaaa....

OK tak? Akhirnya aku berjaya tampal wallpaper Kaison ni kat pintu. 1 pintu makan 40 minit utk seorang pasang. Makan masa nak tebuk lubang kat tombol pimtu tu. Kalau tengok dedekat horror je hasil kat situ. Hahaha. Takde sape nak skodeng dedekat kot. Gasak ah =P Yang berjurai depan pintu tu dah pun selamat aku bukak pagi tadi. Sempat tu sblm g keje. Nampak semak tengok. Terganggu lak pintu dah lawa dgn dia. 

Lagipun benda jurai tu bahaya bila ada anak kecil cam Nazif tu. Kadang dia laju lari dalam walker masuk bilik boleh terbelit tau tali jurai tu kat leher. Aku pon kadang terbelit gak kalau laju-laju jalan melalui jurai tu. So dah tak praktikal nak pasang. Kita kasi turun!

Malam ni plan nak settlekan 1 pintu lagi. Ada banyak pintu woh rumah tu. Pitams kalau nak buat sekaligus. Pelan-pelan kayuh la ye =)

* padahal atas sofa menimbun baju tak lipat kahkahhhsss




 


Popular Posts