EBM Dah Tak Laku

Bangun pagi ni Nazif tak berapa sihat. Masa nak menyusu dia merengek tak selesa. Rupanya hingus banyak. Susah la nak bernafas bila nak menyusu gitu kan? Aku switch on lampu & tengok mata kanan dia berselaput dengan taik mata. Ya Allah...kesiannya. Padan la merengek. Aku bersihkan mata dia & hingus dia semua. Barulah dia selesa skek. Selalu bangun pagi senyum aje golek-golek memain. Hari ni serba tak kena dia. Kesian anak aku :"(

Bila banyak taik mata, itu petanda panas dalam. Dulu pun pernah jadi macam ni. Lepas asyik keluar taik mata, not long after that mesti dia demam. Tadi pun aku rasa macam dah dedar skek badannya. Petang semalam & malam tadi elok je sihat aku tengok dia. Tak sangka betul pagi ni flu dengan hingus yang pekat datang balik. Bila masa dia datang???

Sebelum hantar ke taska tadi habi bagi dia ubat flu & fever. Pesan kat owner taska bagi dia ubat lagi dalam pukul 1/2 tghari nanti. Semalam owner report yang Nazif taknak minum ebm yang aku bekalkan spt biasa setiap hari tu. A few weeks ago memang aku bekalkan dia ebm kurang drp biasa. Selain drp sebab susu badan dah tak meriah sangat mcm dulu, aku kena gak biasakan dia dengan susu formula sebab aku memang tak mampu dah nak buat stok bila ke Tanah Haram sok. Memang Nazif akan fully FM masa tu.

Sedih kalau difikirkan tentang hal ni. Tapi aku tengok at the positive side only. Its not that aku suka-suka taknak bagi susu badan & suka hati nak bagi dia FM. Situasi yang buat aku terpaksa buat mcm tu. Aku kena redha & let it go. Sambil berdoa susu badan aku masih ada & Nazif masih nak mengempeng macam biasa lepas balik dari sana nanti. Allah dah ada perancanganNya. Kita boleh berusaha tapi outcome tetap Allah yang tentukan. Apa kesudahan pun aku akan redha. InsyaAllah.

Pagi tadi pulak owver report yang Nazif mahu makan bubur yang aku bekalkan. Tapi ada cara makan dia yang tersendiri. Dia tak suka nak mengadap & habiskan bubur at one time. Dia jenis makan sikit-sikit sambil main-main. Suap sikit, main. Suap sikit, main. Sabor jelah. Jenuh nak melayan dia makan. Nasiblah owner tu memang nampak lebihkan Nazif sbb peel special dia tu. Budak yang baya dia aku tengok mostly behave je tak banyak hal. Dia je yang lain mcm skek hehe. Manja kededekkkk


Muka popeye hahahaha

Menikmati hujan di balkoni rumah in law

Seluar takde sebab asyik londeh. Getah pinggang longgar sgt

Anyonyo..nampak jerebu kan?

Mode berangan




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat