Genap Sebulan

Hari ni genap sebulan tarikh aku & habi akan berangkat ke Tanah Haram. Teruja. Yet nervous. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Jemputlah kami ke rumah-Mu. Terlalu banyak rasanya yang ingin diadukan kepada-Mu disana nanti :"( Lapangkanlah hati kami ya Allah.

Cemburu. Ada pelbagai jenis cemburu. Sememangnya aku akui terlalu banyak kelemahan diri disana sini. Aku pun ada sifat cemburu. Cemburu kepada orang yang selalu berbuat kebaikan. Cemburu pada orang lebih drp aku dalam beribadat kepada Tuhan. Sampai satu hari aku bangkit mengejar kasih sayang Dia. Aku hanyalah orang biasa. Terima kasih Allah kerana menghadirkan sifat cemburu ini. 

Walau berat macam mana pun, aku gagahi diri untuk memperbanyak amalan padaNya. Titik tolaknya hanyalah drp sifat cemburu yang bertapa di dalam hati. Kadang rasa jahat sebab cemburu pd orang lain tak semena mena. Aku paling cemburu pd orang yang menyahut panggilan Azan dgn pantas. So aku pon mahu jadi lebih pantas daripada orang tu.  

Lama kelamaan ianya jadi sebati dalam diri. It has been 5 years already since I started it. Cumanya ia masih belum sempurna. Sama seperti turun naiknya iman dalam diri manusia. Aku kan cuma manusia biasa :"(

Istiqomah. Inilah bab yang paling susah. Aku mohon keampunan Mu ya Allah :"(

Sometimes aku rasa putus asa. Aku cuma harap Allah untuk perbaiki diri aku. Aku macam dah tiada daya. Its hard to be a human. How I wish I could be a grass. Or water. Or fish. Yang tak akan di hisab di akhirat nanti.

Beratnya terasa beban dosa yang ditanggung saban hari.

Tapi aku tetap juga manusia biasa. Akan mati satu hari nanti. Akan jadi penghuni kubur entah berapa lamanya. Akan di hisab di Padang Mahsyar. Barangkali akan merasa azab api neraka sebelum ke Syuga.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat